CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4655|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Berhati-hati pancingan laman web MyKasih SARA di Telegram

[Copy link]
Post time 21-10-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 21-10-2023 04:54 PM



GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung  laman web pancingan data palsu kelihatan seperti halaman MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikongsikan di aplikasi Telegram.

CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan menyebut penjenayah siber menggunakan laman web pancingan kelihatan seperti halaman log masuk perkhidmatan eWallet di Malaysia bagi mensasarkan pengguna Telegram untuk mengambil alih akaun pengguna bagi tujuan jahat.


"Pengguna akan menerima mesej bersama laman web palsu yang disertakan dalam Telegram mereka, apabila pengguna klik pada laman web palsu itu, mereka akan dibawa ke laman web pancingan data dan pengguna diminta untuk memasukkan nombor telefon.

"Seterusnya, maklumat ini akan digunakan oleh Threat Actor untuk log masuk ke akaun Telegram mangsa bagi memulakan percubaan mengambil alih akaun Telegram mangsa," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut laman web pancingan data palsu ini turut dikongsi merentasi kumpulan pemesejan melalui Telegram


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ih-sara-di-telegram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.044296 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list