CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8613|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Laluan Pedas/Linggi ke Senawang sesak enam kilometer, lori langgar belakang lori

[Copy link]
Post time 22-10-2023 08:54 AM | Show all posts |Read mode

KEMALANGAN membabitkan dua lori di Kilometer (Km) 241.6 arah utara, Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) dari Pedas/Linggi ke Senawang, di sini, malam ini. FOTO Ihsan Pembaca

Rembau: Kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer (Km) 241.6 arah utara, Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) dari Pedas/Linggi ke Senawang, di sini, malam ini, menyebabkan kesesakan sejauh enam kilometer (km).


Kejadian kira-kira 7.30 malam itu menyebabkan semua lorong terhalang dan sehingga jam 8.30 malam tadi kesesakan masih berlaku dianggarkan sejauh enam km.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa hanya mengalami cedera ringan.

"Peronda masih membuat kawalan di lokasi kejadian kemalangan yang membabitkan dua lori dipercayai dilanggar dari belakang, kejadian sebenar masih dalam siasatan.

"Buat masa ini kami mendapati mangsa hanya cedera ringan, namun status sebenar akan dimaklumkan kemudian.


"Keadaan sesak kerana semua lorong terhalang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Plus melalui laman sosialnya memaklumkan kemalangan menyebabkan kenderaan tidak bergerak sejauh enam km arah utara dan kenderaan bergerak perlahan arah selatan sepanjang enam km.

Pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif.

[url=Disiarkan pada: Oktober 21, 2023 @ 9:18pm]sumber[/url]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.069121 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list