CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1780|Reply: 0

[Kelantan] Guru dari Perak jadi jutawan segera

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:09 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Noor Jab (tengah) bergambar bersama pemenang Cabutan Akaun Al-Awfar di majlis penyampaian hadiah bersempena Siri Jelajah Bank Islam di Kota Bharu. FOTO ihsan BIMB

Kota Bharu: Guru dari Teluk Intan, Perak, Azila Yahya, dinobatkan sebagai Jutawan Al-Awfar ke-40 bagi Jun 2023 selepas memenangi cabutan utama akaun Al-Awfar Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), bernilai RM1 juta.

Penyampaian hadiah berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Deposit dan Kad Bank Islam, Mohd Noor Jab ketika Siri Jelajah Bank Islam di Aeon Mall Kota Bharu, di sini, semalam.

Dalam siri jelajah itu juga, 11 pemenang lagi menerima hadiah utama cabutan bulanan dan suku tahunan, masing-masing berupa wang tunai bernilai antara RM20,000 dan RM100,000.

Menurut Mohd Noor, pihaknya juga mengadakan Cabutan September 2023 Al-Awfar secara langsung untuk mencari Jutawan Al-Awfar ke-41 melalui Cabutan Jutawan serta 744 pemenang dari tiga kategori Cabutan Bulanan dan dua Kategori Cabutan Suku Tahun ke-3.

"Pelanggan terpilih bagi cabutan ini akan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah lebih RM1.9 juta," katanya.

Beliau berkata, sejak 2009 sehingga kini, seramai 40 orang pelanggan sudah menjadi Jutawan Al-Awfar dengan meraih hadiah utama berupa wang tunai RM1 juta setiap seorang.

"Bagaimanapun, mulai Julai tahun ini, versi baharu Al-Awfar Bank Islam menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta kepada empat pemenang Cabutan Jutawan Al-Awfar yang diadakan pada setiap suku tahun.

"Sebagai usaha untuk memastikan ketelusan, Bank Islam akan menghebahkan senarai nama pemenang Cabutan September 2023 Al-Awfar melalui akaun rasmi Facebook dan Instagram Bank Islam," katanya.

Mohd Noor berkata, bersempena sambutan ulang tahun ke-40 Bank Islam pada tahun ini, Al-Awfar ditambah baik untuk memberi lebih ganjaran kepada pemegang akaun.

Beliau berkata, Kempen Al-Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM18 juta menerusi 15 kategori cabutan.

"Antara hadiah yang disediakan termasuklah kereta BMW 320i M Sport dan Tesla Model-Y, jongkong emas seberat satu kilogram dan dua motosikal Harley Davidson," katanya.

Beliau berkata, Bank Islam sentiasa berusaha untuk menyediakan penyelesaian kewangan komprehensif dan relevan untuk pelanggan.

"Kami menghargai sokongan pelanggan terhadap kempen Al-Awfar sejak diperkenalkan pada 2009 dan sehingga 30 September tahun ini, Al-Awfar merekodkan saiz dana berjumlah hampir RM5 bilion menerusi 1.2 juta akaun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jadi-jutawan-segera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.349125 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list