View: 2963|Reply: 11
|
Liga Super 2011 dah bermula....
[Copy link]
|
|
keputusan tadi...
Keputusan
Selangor 0 Kelantan 2
Terengganu 0 SABAH 0
Kuala Lumpur 1 Perak 1
Johor FC 0 Felda United 0
Kedah 0 T-Team 0
Negeri Sembilan 1 Harimau Muda A 0
Pahang 3 Perlis 1
Liga Super 2011: Kelantan beri amaran awal29/01/2011 11:18pm
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan memberikan amaran awal dengan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah 2011 setelah menumpaskan Selangor 2-0 dalam perlawanan sumbangsih dalam meneruskan saingan Liga Super musim ini.
Sepakan penalti penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan bebas ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi pada setiap babak permainan, turut memastikan tiga mata sulung liga buat Wira Merah di Stadium Shah Alam.
Juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan pula mengorak langkah kanan dalam Liga Super 2011 dengan menumpaskan Harimau Muda A 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.
Tiga mata turut digenggam satu lagi tuan rumah, Pahang selepas menumpaskan Perlis 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan hasil jaringan Saiful Nizam minit ke-14, sepakan penalti R. Surendren (42) dan Mohd. Alafi Mahmud (73).
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tuan rumah terlepas tiga mata apabila diikat Perak 1-1 biarpun mendahului menerusi Mohd. Badrul Hisyam Azmi pada minit ke-12 sebelum disamakan oleh Shafiq Jamal, minit ke-66.
Tiga keputusan seri tanpa jaringan pula tercatat dalam perlawanan Terengganu-Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu; Johor FC-Felda United di Stadium JCorp, Pasir Gudang dan Kedah-T-Team di Stadium Darulaman, Alor Setar. - Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mula ke? ada siaran langsung dekat astro? |
|
|
|
|
|
|
|
siaran langsung ini malam
KL - Sabah |
|
|
|
|
|
|
|
kedah menang tak malam ni !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Perlis 0 Selangor 2
Kelantan 1 Terengganu 1
Kuala Lumpur 1 Sabah 0
T-Team 1 Negeri Sembilan 3
Kedah 1 Felda United 0
Harimau Muda A 3 Pahang 1
Perak 1 Johor FC 0 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zidlan at 2-2-2011 11:18
---edit--- |
|
|
|
|
|
|
|
bungkuih la Perlis musim ni
lps 2 game N9 agak mantap, defend Kedah terbukti kental |
|
|
|
|
|
|
|
perlis ramai budak muda..mentah..pelan2 naik la..musim ni mmg sayoq la |
|
|
|
|
|
|
|
kedah menang tipih..jadi la
NS terus rentak cemerlang
Oleh Norliza Wasilan, Azizan Hashim, Bashah Zainol Abidin, Kamudin Baharom dan Mohd Amin Jalil
2011/02/02
PENYERANG Kedah, Wan Mohd Asraf (tengah) diasakdua pertahanan FELDA United dalam saingan Liga Super di StadiumDarulaman, malam tadi.
Selangor bangkit di Kangar, Kelantan sekadar seri dengan Terengganu
NEGERI Sembilan meneruskan rentak cemerlang aksi Liga Super apabilamerampas takhta pendahulu dengan kemenangan kedua selepas menewaskanT-Team 3-1 di Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi, malam tadi.
Skuad Rusa yang menewaskan Harimau Muda A 1-0 dalam perlawanansulung Sabtu lalu diberi tentangan sengit oleh T-Team yang mengikatkedudukan 1-1 pada babak pertama, sebelum anak buah Wan Jamak WanHassan bangkit dengan dua gol pada babak kedua untuk membunuh sisaperjuangan T-Team.
Idris Karim muncul wira dengan dua gol pada minit ke-22 dan 67manakala satu lagi gol dijaringkan Mohd Firdaus Azizul m-53, manakalagol tunggal T-Team dijaringkan Rosdi Talib pada minit ke-41 hasiltendangan sudut.
Di Stadium Sultan Mohd IV, Mohd Badhri Md Radzi meneruskansentuhan berbisa awal musim apabila meledakkan gol keduanya tetapi iatidak mencukupi buat Kelantan meneruskan rentak kemenangan apabiladiikat 1-1 oleh Terengganu dalam pertembungan dua jiran Pantai Timur.
Mohd Badhri yang mengambil alih tugas kapten menggantikan IndraPutra Mahayuddin yang kini bersama T-Team, menampan masuk bola lintangNurul Azwan Roya pada minit ke-35 tetapi ketua pasukan Terengganu, MohdMarzuki Yusof menyamakan kedudukan pada minit ke-69.
Di Stadium Utama Negeri Kangar, Selangor bangkit daripadakekecewaan tewas 2-0 kepada Kelantan Sabtu lalu apabila Safee Sali danMohd Fitri Shazwan memanfaatkan kesilapan pertahanan tuan rumah Perlisuntuk kemenangan 2-0.
Di Stadium KLFA Cheras, kesilapan penjaga gol Sabah,Azizon Kadir yang gagal menepis kemas percubaan Yong Kuong Yong padaminit ke-54 membolehkan Kuala Lumpur meraih tiga mata penuh menerusikemenangan 1-0.
Di Stadium Darulaman, Kedah mencatat kemenanganpertamanya apabila menewaskan FELDA United 1-0 hasil sepakan penaltiBaddrol Bakhtiar pada minit ke-61 selepas penjaga gol Hamsani Ahmadmengasari Azlan Ismail.
Di Stadium Perak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli muncul wiratuan rumah apabila rembatan kencang yang terkena tiang dan menewaskanpenjaga gol Mohd Anis Faron Arsidi membolehkan skuad Norizan Bakarmengatasi Johor FC 1-0.
Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A mencipta kemenangan pertama dengan mengejutkan Pahang 3-1. |
|
|
|
|
|
|
|
mane tred piala FA?hehe..11 aribulan nnt final..
kelate lwn ganu..
peteh ganu peteh |
|
|
|
|
|
|
|
peminat pon celaru... jadual caca merba, perlawanan padat sangat,liga pendek, team sikit....FAM aduhai FAM |
|
|
|
|
|
|
| |
|