View: 1802|Reply: 0
|
[Terengganu]
'Ibu pesan yakin, reda dengan pemberian Allah SWT'
[Copy link]
|
|
WAN Nursolehah Wan Mohd Fauzi (kiri) bersama kakak kembarnya, Wan Nurfatihah dicium kedua ibu bapanya sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke-21 di Dewan Sultan Mizan. FOTO Ihsan UMT
Kuala Nerus: "Ibu pesan supaya yakin dan reda dengan pemberian Allah SWT, kata-kata ibu itu sentiasa saya semat di hati dan menjadi pendorong kejayaan ini," kata graduan orang kurang upaya (OKU) Wan Nursolehah Wan Mohd Fauzi, 25.
Wan Nursolehah adalah antara 2,388 graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diraikan pada Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-21 di Dewan Sultan Mizan di sini, hari ini.
Lebih menarik, graduan Sarjana Muda Kaunseling yang mengalami kecacatan kategori fizikal kerana tangan kiri dan kaki kiri pendek itu meraikan kejayaan bersama kembarnya, Wan Nurfatihah, dalam bidang sama di universiti itu.
Memiliki minat yang sama dalam bidang psikologi, Wan Nursolehah dan Wan Nurfatihah yang dilahirkan normal berjaya bergraduasi dengan Purata Gred Kumulatif, 3.50.
Menceritakan pengalamannya sepanjang pengajian, Wan Nursolehah mengakui ada kalanya dia kurang keyakinan diri dan malu apabila berdepan dengan orang sekeliling, berbanding kakak kembarnya.
"Saya akui malu apabila berdepan dengan orang ramai yang melihat saya kurang sempurna, berbanding kembar dan rakan lain.
"Namun, saya tetap bersyukur kerana diberikan sokongan serta kasih sayang daripada keluarga, terutamanya ibu, kakak dan rakan seperjuangan tanpa membezakan fizikal saya," katanya ketika ditemui, hari ini.
Wan Nursolehah berkata, dia juga menjadikan kakak kembarnya yang tidak seiras sebagai pembakar semangat dan saingan ketika belajar.
"Kami (bersama kakak kembar) belajar dalam bidang yang sama, ia menjadi 'persaingan' mendapat markah paling tinggi setiap kali peperiksaan dan sudah tentu ia baik untuk kami berdua sehingga tamat pengajian.
"Dalam pada itu, saya berterima kasih kepada pihak universiti yang prihatin menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti saya, setidak-tidaknya ia mempermudahkan kesukaran kami menyesuaikan diri di kampus," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pemberian-allah-swt |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|