View: 1758|Reply: 0
|
[Terengganu]
Terengganu bakal perkenal permit khas menyelam di kawasan kapal karam
[Copy link]
|
|
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris, bersama beberapa penyelam melakukan selaman di tapak kapal karam di perairan Pulau Kapas. FOTO IHSAN TOURISM TERENGGANU
Marang: Kerajaan negeri bakal memperkenalkan permit khas kepada penyelam yang ingin melakukan selaman di kawasan kapal karam di perairan Pulau Kapas di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris berkata, permit khas berkenaan bertujuan untuk memantau penyelam yang akan ke kawasan berkenaan.
"Kita akan mengeluarkan permit khas seperti di Pulau Bidong kerana di perairan pulau berkenaan ada kapal karam bersama aktifak berharga.
"Kerajaan akan memperkenalkan prosedur operasi standard mudah dan mungkin tiada caj dikenakan kepada penyelam kerana ia diperkenalkan hanya untuk menghalang penyelam daripada mengambil aktifak di kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak kapal karam di perairan Pulau Kapas, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai lawatan dan selaman ke dasar laut, beliau berkata, kapal yang dipercayai milik tentera Jepun itu karam pada Perang Dunia Kedua dan kini berada pada kedalaman 40 meter di dasar laut.
Menurutnya, ada penyelam mengambil kesempatan membawa keluar aktifak dari kapal karam itu sebelum menjual aktifak itu bersama sijil sebagai tanda keasliannya.
Sementara itu Pengarah Nanhai Marine Archaeology, Ben Rongen berkata, ada tiga kapal karam dikesan di perairan Terengganu.
"Masing-masing satu di perairan Pulau Bidong, Kapas dan Tenggol. Kesemuanya mempunyai nilai yang tinggi dan perlu dijaga sebaik mungkin.
"Aktifak yang diambil dari kapal karam itu ada yang dijadikan loket rantai dan permata cincin selain mempunyai sijil sebelum dijual kepada umum," katanya yang turut memaklumkan artifak itu dijual hingga ribuan ringgit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kawasan-kapal-karam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|