CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1955|Reply: 0

[Kelantan] Didakwa muat naik iklan guna gambar Tengku Bendahara Kelantan

[Copy link]
Post time 23-10-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Dua pekerja kedai emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memuat naik iklan perasmian kedai emas oleh Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan lsmail Petra tanpa kebenaran, 16 Oktober lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Aznizan Yusof, 46, dan Nor Asri Che Husin, 42, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menggunakan Facebook secara sedar dengan memuat naik gambar iklan perasmian Kedai Emas A&K Gold And Jewelleries oleh Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Kelantan tanpa kebenaran dengan niat menyakiti dan mengganggu institusi Kesultanan Kelantan.

Perbuatan itu dilakukan di Kampung Pasir Kota di sini, lebih kurang 6.55 petang, pada 16 Oktober lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Mohd Bakri, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Saiful Adli.

Sementara itu, Saiful memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diberi jaminan kurang daripada RM10,000 memandangkan kes itu boleh dijamin dan mereka baru seminggu membuka kedai berkenaan.

"Mereka dijanji oleh seseorang untuk bawa Tengku Bendahara perasmian kedai emas, namun kesilapan beliau apabila mula memuat naik poster dalam Facebook dan poster itu di screenshot (tangkap layar).

"Anak guam saya tidak pernah melarikan diri untuk membantu siasatan polis," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM8,000 setiap orang dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Tertuduh membayar jaminan berkenaan.


Dua pekerja kedai emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memuat naik gambar iklan perasmian kedai emas oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan lsmail Petra tanpa kebenaran. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bendahara-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.068280 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list