CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1881|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dah 10 tahun terbengkalai

[Copy link]
Post time 23-10-2023 03:53 PM | Show all posts |Read mode

BANGUNAN terbiar berdekatan pangsapuri Bandar Tasik Kesuma, Semenyih mencetuskan kerisauan penduduk.

Semenyih: Bangunan terbiar yang didakwa berusia lebih 10 tahun berdekatan pangsapuri Bandar Tasik Kesuma, di sini mencetuskan kerisauan penduduk dan peniaga dengan kegiatan atau aktiviti tidak bermoral.

Penduduk Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Rohayah Che Din, 40 berkata, antara yang dibimbangi olehnya adalah adanya segelintir individu yang menghisap dadah dan meminum arak di bangunan terbiar itu.

"Yang saya risau bangunan terbiar ini menjadi tempat aktiviti tidak sihat seperti menghisap dadah.

"Selain itu, saya juga pernah nampak ada warga asing yang minum arak di kawasan itu.

"Saya nak, kalau boleh, bangunkan semula bangunan terbiar ini. Sudah lebih 10 tahun saya tinggal di sini, terbengkalai macam itu," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Bagi peniaga di Bandar Tasik Kesuma, Mustaffa Dalin, 52, bangunan terbiar menyebabkan berlakunya pembuangan sampah haram oleh individu yang tidak bertanggungjawab di dalam dan sekitar bangunan.

"Sampah haram pun mereka buang. Dulu tak ada. Seorang buang, semua mengikut. Kita nak berniaga di sini jadi tercemar.

"Saya sudah berniaga di sini masuk lapan tahun dan pembuangan sampah haram ini baru lagi antara dua hingga tiga bulan," katanya.

Dia yang berniaga sarapan pagi berdekatan dengan bangunan itu bagaimanapun tidak pernah melihat individu yang membuang sampah haram itu.

"Saya tak nampak sebab dia buang bukan semasa saya berniaga. Saya berniaga pun bermula jam 7 sampai 11 pagi, selepas itu balik.

"Kalau nampak itu akan tegur sebab kita nak cari rezeki di sini. Takut ada nyamuk aedes dan lalat.

"Ia akan menjejaskan pendapatan saya sebab akan nampak kawasan persekitaran kotor," katanya.

Mustaffa mendakwa, pihak kontraktor yang ditugaskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga tidak boleh mengambil sampah haram itu.

"Kontraktor MPKJ pun kata tak boleh ambil sebab itu bukan bidang dia. Itu sampah haram. (Mereka kata) kalau saya nak, kena buat laporan kepada MPKj," katanya.

Katanya, bangunan terbiar dan pembuangan sampah haram ini juga mencacatkan pembangunan di sekitarnya.

"Ditambah lagi dengan anjing terbiar yang banyak. Selalunya sampai 15 ekor dan ia berbahaya kepada orang ramai.

"Kalau orang tak kenal, anjing ini akan kejar," katanya.

Disebabkan itu, dia mencadangkan agar bangunan ini dibaik pulih atau dibangunkan semula.

"Kena bangunkan semula dan beri sewa murah. Ini sewa sampai RM3,000 hingga RM4,000. Orang takut nak sewa. Kita berniaga pun bukannya untung macam dahulu.

"Selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, berniaga pun untung sedikit. Saya juga terkesan akibat PKP tempoh hari.

"Tapi nak buat bagaimana, ini sahaja rezeki yang kita cari," katanya.

Turut mengemukakan perkara sama adalah penduduk Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Mohd Azmil Abd Mutalib, 37, yang menyatakan bangunan terbiar itu menyebabkan sering berlakunya demam denggi di kawasan berdekatan.

"Bangunan terbiar ini menyebabkan denggi berlaku. Mereka buang sampah dalam ini.

"Eloklah ia dibangun dan dimajukan. Lagipun, tidak jauh dari sini sudah ada kawasan yang maju. Apa salahnya kita bangunkan bangunan terbiar ini.

"Selain itu, perlu diwujudkan satu tempat untuk pembuangan sampah agar mereka dapat buang sampah di satu tempat.

"Jadi, tidak akan berlakunya pihak tidak bertanggungjawab ini membuang sampah merata-rata," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -tahun-terbengkalai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.069965 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list