CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 0

[Perak] 'Drama' dua suspek kes samun bersenjata

[Copy link]
Post time 24-10-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN Perodua Myvi yang dipandu suspek samun bersenjatakan parang semasa bergelut depan Masjid Labu Kubong. FOTO Ihsan PDRM

Teluk Intan: Anggota polis diseret ketika cuba menahan kereta dipandu penjenayah yang dipercayai terbabit kes samun bersenjata di Masjid Labu Kubong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku ketika anggota berkenaan mendekati Perodua Myvi dinaiki dua suspek berusia 28 dan 31 tahun, yang diekori dari Ipoh selepas menerima maklumat pada 11.30 pagi.

Katanya, ketika proses tangkapan, suspek tiba-tiba membuat pusingan U dan mengundurkan kereta hingga melanggar kenderaan polis, menyebabkan dua anggota keluar daripada kenderaan.

"Seorang anggota cuba membuka pintu belakang kereta suspek untuk menahan lelaki yang duduk di tempat duduk belakang.

"Bagaimanapun, suspek yang memandu bertindak mengundur kereta secara berbahaya hingga menyeret anggota, menyebabkan tembakan dilepaskan ke arah cermin hadapan kereta itu untuk mempertahankan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Adnan berkata, suspek terus memandu secara mengundur sebelum dihalang sebuah kenderaan lain dan ketika itu, polis berjaya menahan suspek yang duduk di tempat duduk belakang.

"Suspek yang memandu kereta sempat melarikan diri dari lokasi, tetapi dia akhirnya berjaya diberkas oleh pasukan polis di Kampung Rapat Ipoh," katanya yang memberitahu suspek itu luka di bahu kanan terkena tembakan dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Ahmad Adnan berkata, semakan mendapati suspek yang memandu kereta mempunyai 24 rekod kesalahan lampau, manakala seorang lagi suspek ada 11 rekod.

Katanya, polis menemui peket disyaki berisi dadah jenis heroin serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk menyamun.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... es-samun-bersenjata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.097837 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list