CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 982|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ada pengawal keselamatan subahat sindiket penipuan - Polis KL

[Copy link]
Post time 24-10-2023 10:42 AM | Show all posts |Read mode

ALLAUDEEN ketika penyerahan penghargaan kepada anggota polis. FOTO Suharmin Yusuf

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur tidak menolak ada pengawal keselamatan di kondominium sekitar ibu negara bersubahat dengan sindiket penipuan dalam talian.

Sehubungan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, hampir 20 serbuan sindiket penipuan dalam talian yang dijalankan bagi tempoh dua bulan kebelakangan ini membabitkan kondominium mewah.

Katanya, dalam tempoh itu pihaknya berjaya menahan 343 individu hasil 20 serbuan pusat panggilan yang beroperasi di kondominium mewah di sekitar ibu negara.

"Bagaimana pengawal keselamatan di sesebuah kondominium mewah boleh benarkan warga asing masuk dengan senang sedangkan kita sendiri nak masuk pun susah.

"Disebabkan itu, kami akan membuat pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan di kondominium yang mungkin bersubahat dengan sindiket ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Allaudeen berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur menjalankan 1,311 serbuan membabitkan jenayah dalam talian sejak Januari hingga September lalu.

"Daripada jumlah itu, seramai 855 individu ditahan dengan 10 daripadanya sudah dituduh di mahkamah, manakala selebihnya masih dalam siasatan.

"Sebanyak 71 kertas siasatan dibuka membabitkan serbuan di pusat panggilan sepanjang tempoh berkenaan," katanya.

Beliau berkata, badan pengurusan bersama (JMB) di setiap kondominium perlu bertanggungjawab dengan melakukan pemantauan.

"Pihak JMB sepatutnya melarang sekiranya sebarang aktiviti pusat panggilan dibuat di kediaman berkenaan.

"Kita tidak mahu Kuala Lumpur menjadi lubuk sindiket penipuan dalam talian, ia memberi imej buruk kepada kita," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, pihaknya turut melaksanakan serbuan secara berterusan ke atas pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO).

"Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah untuk melaksanakan Op Noda di pusat hiburan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit, melanggar syarat atau tiada kelulusan daripada pihak berkuasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-penipuan-polis-kl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.049337 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list