CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1081|Reply: 0

[Johor] Pemandu Almera rentung kereta langgar pokok sebelum terbakar

[Copy link]
Post time 24-10-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kereta Nissan Almera dalam kejadian kemalangan di Jalan Pekeliling, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu kereta Nissan Almera ditemui rentung apabila kenderaan dipandunya terbabas dalam kejadian Jalan Pekeliling, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.13 pagi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah kereta jenis Nissan Almera yang telah terbabas melanggar pokok di tepi jalan lalu terbakar.

“Dalam kejadian tersebut, terdapat seorang mangsa yang tersepit tidak dapat keluar dari kenderaan.

“Mangsa kemudiannya telah ditemui rentung di dalam kenderaan. PKO bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sarhan berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta menggunakan ‘Rescue Tool’ dan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... k-sebelum-terbakar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.067185 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list