CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1532|Reply: 0

[Johor] Dua kapal pindah minyak secara haram ditahan

[Copy link]
Post time 24-10-2023 04:27 PM | Show all posts |Read mode

KAPAL yang ditahan selepas disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di perairan Johor Timur, Kota Tinggi petang hari ini.

KOTA TINGGI – Dua buah kapal jenis Very Large Crude Carrier (VLCC) yang berdaftar di Panama dan Honduras ditahan selepas disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di perairan Johor Timur di sini petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, dua kapal terbabit telah dikesan bot ronda Maritim Malaysia disyaki melakukan aktiviti ship to ship (STS) di kedudukan 32.1 batu nautika timur Tanjung Sedili pada pukul 12.35 tengah hari.

Katanya, kedua-dua buah kapal VLCC tersebut juga enggan memberikan kerjasama bagi diperiksa hingga memaksa pihak Maritim Negeri Johor meminta bantuan dari Bahagian Operasi Udara dan Pasukan Khas Tindakan (PTK) bagi melakukan force boarding.

Menurutnya, pihaknya menggunakan pesawat udara AS 365 Dauphin milik Maritim Malaysia bersama tiga anggota PTK sebelum berjaya menahan kedua-dua kapal tersebut.

“Kedua-dua kapal terlibat yang didaftarkan dari Panama dan Honduras itu berjaya ditahan pada pukul 6.00 petang.

“Kapal tangki pertama yang berdaftar dari Panama dikendalikan oleh 26 orang kru berumur diantara 23 hingga 54 tahun, manakala kapal tangki kedua yang berdaftar dari Honduras dikendalikan oleh 26 orang kru berumur di antara 21 hingga 51 tahun.

“Hasil siasatan mendapati nakhoda kapal terbabit telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran atas aktiviti yang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan melakukan aktiviti kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran dan Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... cara-haram-ditahan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.273198 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list