CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4549|Reply: 21

[Tempatan] 'Epidemik baharu' menyerang KL, awas!

[Copy link]
Post time 25-10-2023 01:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 23-7-2024 12:50 PM

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mendapati kebanyakan pusat penipuan panggilan diserbu pihaknya beroperasi di kondominium mewah di sekitar ibu negara.

Ini Ia susulan beberapa siri serbuan dilakukan pihaknya dalam tempoh dua bulan baru-baru ini mendapati majoriti sindiket penipuan tersebut beroperasi di kondominium ternama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, Badan Pengurusan Bersama (JMB) serta Perbadanan Pengurusan (MC) bangunan tersebut perlu mengambil berat berhubung modus operandi scammer ini.

Malah, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penglibatan pengawal keselamatan bangunan yang secara tidak langsung membantu memudahkan pergerakan ahli sindiket keluar masuk premis tanpa pemeriksaan rapi.

“Dalam tempoh tersebut, 343 tangkapan dilakukan dan 10 (kes) sudah dituduh, kita agak bimbang dengan semua tangkapan ini kerana membabitkan premis mewah, kalau saya sebut nama kondominium ini, anda semua pasti terkejut.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan melakukan pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan kondominium tersebut, kita percaya ada mereka yang terlibat dengan seperti ini.

“Bagaimana sebuah kondominium mewah boleh membenarkan individu warga asing untuk keluar masuk premis itu dengan mudah? Saya sarankan pihak pengurusan ambil maklum isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tegas Allaudeen, tindakan tegas diambil bagi menjaga keharmonian serta memastikan Kuala Lumpur tidak dijadikan sebagai hab utama sindiket calling centre beroperasi.

“Kondominium ini berterabur di seluruh Kuala Lumpur, kita sedang berusaha untuk bekerjasama dengan pengurusan kondominium ini.

“Kita tak mahu Kuala Lumpur terus menjadi lubuk sindiket calling centre beroperasi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah sudah digerakkan untuk membanteras sindiket habis-habisan,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Facing klcc?


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 06:18 AM | Show all posts
yang heranya
yg tertangkap
99% dilepas krn tiada bukti kukuh.

$$$$$$ masuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ejen.. pak guard.. management  kena suap lah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:33 AM | Show all posts
kt kondo la line clear
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:37 AM | Show all posts
Senang. Line internet laju dan murah di Kondo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2023 08:43 AM | Show all posts


welcome, kedatangan anda akan diraikan   gambar tiada kene mengena dengan perkara di atas
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:50 AM | Show all posts
sindiket scammer ke ni,menjadi2 skrg almost every week dpt 1 call. tu belum lg unit trust agent, coway, astro, bank nk promote products...sbb tu malas angkat klau no x kenal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 08:53 AM | Show all posts
juruterra replied at 25-10-2023 08:50 AM
sindiket scammer ke ni,menjadi2 skrg almost every week dpt 1 call. tu belum lg unit trust agent, cow ...

betul. jgn pickup
klu terangkat pun cpt2 putuskan

xyah dgr dorg explain pun

btw fon2 skrg akan keluar auto suspected scammer ape kan
klu nmpk tu still angkat x tau la nk kata ape dah


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2023 09:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:05 AM | Show all posts
skrg semua guna automachine kan, kalau kita jawab. lhdn la, poslaju, jnt tah pape la merepek..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:15 AM | Show all posts
juruterra replied at 25-10-2023 08:50 AM
sindiket scammer ke ni,menjadi2 skrg almost every week dpt 1 call. tu belum lg unit trust agent, cow ...

Aku pun lebih kurang tiada bezanya, aku tak nak caya bulat-bulat jika no yang tidak dikenali..

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 25-10-2023 08:50 PM

awat tak tubuh unit khas...'serang hendap' drng ni...ICU kan yg lelaki...rogol yg pompuan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:23 PM | Show all posts
Keldai akaun pun kne ramai la juga
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 25-10-2023 08:53 AM
betul. jgn pickup
klu terangkat pun cpt2 putuskan


Aah kena download apps true caller
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 09:11 AM | Show all posts
aku seronok layan scammer wanita...boleh sembang2 lucah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu yg bertempiaran lari kluar dari bldg kat cyberjaya apa cerita?
Dah kena deport ke belum atau sambung kerja tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala masuk msia senang sgt visa on arrival. Free lagi
Negara lain punya la ketat nak masuk
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 09:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.112777 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list