CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 869|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kontraktor didenda RM3,000 kerana ceroboh tanah orang

[Copy link]
Post time 25-10-2023 02:34 PM | Show all posts |Read mode


KONTRAKTOR didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah selepas mengaku salah menceroboh tanah milik orang. FOTO Abnor HAmizam Abd Manap

Kuala Pilah: Kontraktor dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku salah melakukan pencerobohan ke atas tanah milik orang lain, bulan lalu.


Tertuduh B Karnan, 44, dari Tampin membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki tanah milik orang lain di Kampung Semin, Rembau pada 27 September lalu.

Kesalahan dibuat mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 447 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga boleh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Pendakwaan dikendalikanTimbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, seorang lelaki mendapati tanah miliknya diceroboh oleh pihak lain selepas mendapati terdapat sebuah ekskavator di dalam kawasan tanah miliknya pada 27 September lalu.

Dia juga mendapati pokok getah dan pokok-pokok kayu hutan bersaiz besar di dalam kawasan tanah miliknya sudah ditebang tanpa pengetahuannya selain kayu turut dijual.

Laporan daripada juruukur yang dilantik mendapati kawasan tanah milik lelaki berkenaan diceroboh masuk oleh tertuduh.

Muhammad Amirul memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh, manakala Karnan merayu mahkamah mengurangkan hukuman denda berikutan menanggung bapa yang sakit dan dua anak selain sudah tidak bekerja sejak sebulan lalu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.056933 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list