View: 756|Reply: 0
|
[Terengganu]
Krisis dengan 'abang besar' masih berlarutan
[Copy link]
|
|
Muhamad Husaini Mohd Hassan, 27, menunjukkan pokok-pokok pisang yang dirosakkan gajah liar. FOTO NAZDY HARUN
Kuala Berang: Baharu untung RM300, gajah liar pula datang merosakkan seluruh kebun pisang milik penduduk di Kampung Padang Setar, dekat sini.
Lebih merisaukan, gajah liar terbabit berkampung di hutan berhampiran dan menjadikan kebun pisang seluas 0.8 hektar sebagai sasaran berikutan pokok pisang sudah mengeluarkan hasil.
Seorang penduduk, Mohd Fauzi Sulaiman, 50, berkata, kehadiran sekumpulan gajah liar itu disedari sejak seminggu lalu, sekali gus mengundang kerisauan penduduk.
"Saya sudah mengeluarkan modal RM7,000 untuk menanam pokok pisang, setakat ini saya baharu dapat keuntungan RM300 sayangnya semua pokok sudah dirosakkan gajah liar.
"Saya diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana sebelum ini kebun saya menjadi sasaran pencuri namun kali ini gajah liar pula," katanya.
Mohd Fauzi berkata, dia turut bimbang kumpulan gajah liar itu akan turut merosakkan 100 batang pokok kelapa yang diusahakan sejak lima tahun lalu yang kini sudah mengeluarkan hasil.
Justeru, dia memohon pihak berkenaan mengambil langkah lebih proaktif dalam menangani konflik antara gajah dan manusia yang dilihat mampu mematahkan semangat petani.
"Kalau asyik tanam dan musnah, dari mana lagi kami (petani) nak cari modal untuk berkebun, (kalau) pokok buah-buahan mengambil masa lama untuk mengeluarkan hasil.
"Masalah ini sekiranya tidak ditangani dengan sistematik boleh mengakibatkan banyak kebun penduduk terbiar suatu hari nanti," katanya.
Seorang lagi penduduk, Muhamad Husaini Mohd Hassan, 27, berkata, kehadiran sekumpulan gajah liar ke kawasan kebun amat menggusarkan penduduk.
"Bukan hanya kerugian malah nyawa juga boleh terancam, terutama kepada petani yang sedang bekerja di kebun masing-masing," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-masih-berlarutan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|