CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 993|Reply: 0

[Johor] Masih tak serik-serik?

[Copy link]
Post time 25-10-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode

Rofiah dan suaminya, Zulkarnain didenda oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah memiliki dadah. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Seorang wanita yang mempunyai lebih lima rekod lampau berkaitan kes dadah masih tidak serik apabila didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas pertuduhan memiliki dadah jenis Methamphetamin, Ogos lalu.

Bagaimanapun, Rofiah Sulaiman, 36, dan tunangnya, Zulkarnain Yahaya, 47, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibaca bersama, pasangan itu didakwa memiliki Methamphetamin 0.21 gram (g) di sebuah rumah di Jalan Daud, di sini.

Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama, denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis menahan pasangan itu pada jam 6.45 petang di sebuah rumah, pada 22 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz dilaporkan berkata, pemeriksaan menemui satu peket lut sinar disyaki syabu atas lantai dalam bilik rumah terbabit.

Katanya, kedua-dua tertuduh dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk siasatan lanjut susulan penemuan bahan terlaran itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan kedua-dua tertuduh memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan masih belum insaf.

"Kedua-dua tertuduh mengakui apabila pihak pendakwaan mengemukakan rekod kes lampau, jadi adalah munasabah jika hukuman setimpal dikenakan ke atas mereka," katanya.

Pihak pendakwaan juga mengemukakan rekod kes lampau pasangan itu dengan Zulkarnain mempunyai tiga kes sementara Rofiah, tujuh kes berkaitan dadah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,200 terhadap Zulkarnain manakala RM3,500 untuk Rofiah. Jika gagal membayar denda, Zulkarnain boleh dipenjara sehingga 10 bulan manakala Rofiah, 12 bulan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sih-tak-serik-serik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058476 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list