View: 1775|Reply: 0
|
[Pahang]
Reda tak dapat kongsi kejayaan dengan bapa
[Copy link]
|
|
AMIR Syarifuddin ditemani abang, Badrul Amin pada Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kali ke-18 di Kuantan.
Kuantan: "Saya ingin berkongsi kegembiraan ini bersama ayah, namun semuanya tidak menjadi kenyataan apabila ayah pergi buat selama-lamanya bulan lalu," kata Amir Syarifuddin Baharudin, 24.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian) itu menerima Anugerah Kecemerlangan BASF Petronas Chemical Sdn Bhd pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kali ke-18, di sini, kelmarin.
Anugerah disampaikan oleh Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.
Amir Syarifuddin berkata, bapanya Baharudin Ismail, 66, meninggal dunia kerana menghidap kanser usus tahap empat pada 18 September lalu, dan tidak sempat meraihkan kejayaannya.
"Siapa yang tidak gembira dan teruja apabila berjaya menamatkan pengajian dan ingin berkongsi kegembiraan bersama ayah.
"Memang diakuisaya rasa sedikit terkilan, namun saya reda ayah pergi dahulu," kata anak ketujuh daripada lapan beradik berkenaan.
Pada majlis itu, dia ditemani abangnya, Badrul Amin, 26 memandangkan ibunya, Mariah Othman, 65 masih dalam tempoh edah.
Dia kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia di UMPSA.
Amir Syarifuddin berkata, dia sangat beruntung belajar di UMPSA kerana universiti itu mempunyai tenaga pengajar yang sangat membantu, sentiasa bersedia menghulurkan tangan bagi membantu penuntut sama ada daripada aspek pembelajaran atau kehidupan.
Katanya, pencapaian itu bukan hanya hasil usaha sendiri tetapi sokongan daripada ibu bapa, keluarga, rakan dan tenaga pengajar yang banyak memberikan semangat.
"Arwah ayah, ibu dan keluarga yang mengajar saya untuk berdikari dan sentiasa menghormati orang yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang.
"Saya juga sentiasa berpegang dengan prinsip hidup iaitu sentiasa berusaha menyelesaikan kerja dan masalah hidup secara berdikari tanpa membebankan orang sekeliling dan sentiasa berbuat baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ejayaan-dengan-bapa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|