|
HAMILTON (depan) diasak pelumba Ferrari Charles Leclerc ketika menyertai GP Amerika Syarikat.
London: Mercedes menjangkakan jentera mereka yang dinaik taraf mampu mencipta impak positif pada baki empat perlumbaan terakhir Formula Satu (F1) walaupun kemenangan tempat kedua Lewis Hamilton di Texas dibatalkan Ahad lalu.
Pengarah Teknikal James Allison berkata, dia amat yakin dan memberi jaminan insiden malang itu tidak akan berlaku lagi.
"Sudah tentu pembatalan itu menjejaskan kami. Sangat mengecewakan dan kami semua merasainya," katanya.
"Semua orang terkejut kerana kami tidak suka dipersalahkan dan hanya kecewa kehilangan mata berharga."
Menurut Allison, perasaan kecewa itu bakal ditebus dengan jentera yang sudah dinaik taraf dan mereka ada baki empat perlumbaan lagi untuk membuktikan kemampuan.
"Grand Prix (GP) Mexico hujung minggu ini dengan altitud tinggi dan udara tipis mungkin memberikan kesukaran," katanya lagi.
"Tapi selekohnya sesuai dengan kami dan kepantasan kereta perlu bagus."
Mercedes menang di Brazil tahun lalu menerusi George Russell dan ia perlumbaan di mana kemampuan jentera baharu mereka yang dinaik taraf perlu memberikan pulangan berbaloi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... cedes-tekad-bangkit |
|
|
|
|
|
|
| |
|