View: 2311|Reply: 0
|
Beli pemain ketagih judi, Newcastle mahu saman Milan
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-CHAMPIONS-NEW-DOR_REPORT_1698286790.jpg)
TONALI diasak pemain Dortmund Karim Adeyemi di St James Park. FOTO Reuters
London: AC Milan mungkin berdepan tindakan undang-undang daripada Newcastle selepas kelab Itali terbabit menjual pemain 'kaki judi', Sandro Tonali yang berdepan hukuman larangan beraksi sepuluh bulan.
Pemain tengah berharga £55 juta (RM318 juta) itu beraksi sebagai pemain gantian ketika menentang Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Namun ia hampir pasti penampilan terakhirnya sehingga musim depan selepas mengakui terbabit dengan aktiviti pertaruhan melibatkan bekas kelabnya Brescia dan Milan.
Tonali, 23, turut bersetuju untuk menjalani terapi dan menyokong inisiatif anti perjudian.
Newcastle bertekad tidak akan berdiam diri dan ketua-ketua kelab dijangka menimbangkan dengan serius tindakan undang-undang.
Laporan di Itali mendakwa gaji £7 juta (RM40.50 juta) setahun Tonali mungkin digantung.
Persoalan yang masih berlegar ialah sama ada Milan tahu ketagihan judi Tonali dan aktiviti pertaruhan membabitkan pemain itu sebelum menjualnya.
Tonali akan terlepas baki saingan kempen musim ini dan dan Euro musim panas jika Itali layak tetapi dia dijangka dibenarkan berlatih bersama Magpies sepanjang tempoh penggantungan.
Pemain Brentford Ivan Toney menjalani hukuman lapan bulan pada Mei selepas gagal mematuhi peraturan pertaruhan FA tetapi tidak dibenarkan berlatih bersama kelab untuk tempoh empat bulan pertama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... le-mahu-saman-milan |
|
|
|
|
|
|
| |
|