CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1828|Reply: 0

[Terengganu] Suami 'pergi' selepas lima bulan melayari alam rumah tangga

[Copy link]
Post time 26-10-2023 02:12 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR perkahwinan Nurul Hazwani Athirah dan Allahyarham Muhammad Syazwan yang meninggal dunia akibat leukemia 11 Oktober lalu. FOTO Ihsan Nurul Hazwani Athirah

Kuala Nerus: "Jika ikutkan saya dan arwah suami, Muhammad Syazwan Che Wahid, 25, bersama ahli keluarga akan bercuti di Kuala Lumpur Isnin depan dan tiket penerbangan sudah beli.

"Arwah individu paling tidak sabar menunggu saat itu kerana kali pertama menaiki kapal terbang, namun tidak kesampaian," kata Nurul Hazwani Athirah Che Ross, 23, balu kepada Muhammad Syazwan yang meninggal dunia akibat kanser leukemia, pada 11 Oktober lalu.

Lebih memilukan, Nurul Hazwani Athirah hanya sempat mengecapi alam rumah tangga selama lima bulan sebelum suaminya pergi selama-lamanya.

Menurutnya, sepanjang lima bulan hidup bersama, arwah suami juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, malah paling lama sakit hanya seminggu.

"Sebelum ini, arwah ada mengadu cepat letih dan pening kepala. Tetapi, saya ingatkan dia letih kerana bekerja.

"Bagaimanapun, tiga hari sebelum arwah meninggal dia mengalami sakit kepala yang teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Saya reda dengan pemergian arwah, cuma saya tidak sangka secepat ini arwah pergi 'tinggalkan' saya selepas lima bulan melayari hidup bersama," katanya di sini hari ini.


FARIHAH menyampaikan faedah Perkeso kepada Nurul Hazwani Athirah . FOTO Faizul Azlan Razak

Terdahulu, Nurul Hazwani Athirah menerima kunjungan Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin Terengganu diketuai Pengarahnya, Farihah Che Husin menyerahkan faedah pampasan dan kotak prihatin di Kampung Balai Maras, Mengabang Telipot, di sini.

Nurul Hazwani Athirah berkata, dia tidak bekerja dan pampasan yang diterimanya itu sedikit sebanyak meringankan beban untuk perbelanjaan selepas ini.

Sementara itu, Farihah berkata hasil siasatan dan semakan Skuad Perkeso Prihatin mendapati arwah adalah pencarum aktif yang bekerja sebagai mekanik di sebuah syarikat kenderaan di Durian Burung, Kuala Terengganu.

Menurutnya, pihaknya mendapati waris layak menerima faedah Pencen Penakat Perkeso kerana memenuhi syarat utama tuntutan.

"Arwah yang baru berumahtangga pada April lalu meninggalkan balu (Nurul Hazwani Athirah) dan belum mempunyai cahaya mata.

"Justeru, balu layak menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 dan akan turut menerima bayaran pencen secara bulanan untuk seumur hidup," katanya.

Dalam pada itu, Farihah berkata pihaknya membuat bayaran sebanyak 4,339 kes tuntutan faedah dengan keseluruhan pampasan di bayar berjumlah RM13.6 juta, setakat Januari sehingga September lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-alam-rumah-tangga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.079228 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list