CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1966|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sejak lahir, dunia Adam hanya di hospital

[Copy link]
Post time 26-10-2023 02:13 PM | Show all posts |Read mode

NOR Hozaymatin dan Shamsudin bersama anaknya, Mohamad Adam yang memerlukan bantuan untuk menjalani pembedahan jantung berlubang di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. FOTO Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Sejak dilahirkan lapan bulan lalu, Mohamad Adam Shamsudin hanya membesar di hospital dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Ibunya, Nor Hozaymatin Tahmit,33, berkata bayinya disahkan menghidap masalah Atrial Septal Defect (ASD) atau jantung berlubang selepas dilahirkan pramatang pada usia kandungan 26 minggu, Februari lalu.

"Sejak lahir sampai sekarang dunianya hanya hospital tak pernah balik rumah atau jumpa adik beradik lain.

"Dia mudah dapat jangkitan kuman dan tak boleh bernafas sendiri kerana tekanan jantung laju dan berlubang.

"Kalau oksigen dimatikan, dia akan membiru sebab itu dia perlu pakai oksigen sepanjang masa," katanya yang menetap di Taman Keramat di sini.

Suri rumah itu berkata, doktor memberitahu peluang anak bongsu daripada tiga beradik itu sembuh cerah melalui pembedahan segera jika tidak ia boleh mengancam nyawanya.

"Kalau tak buat pembedahan ini, keadaan anak semakin teruk sebab saluran jantung (menyebabkan) darah masuk mengganggu paru-parunya.

"Doktor beritahu pembedahan ini satu-satunya peluang dia dapat hidup macam bayi normal lain, namun kosnya yang mencecah RM80,000 amat merunsingkan kami.

"Ini kerana saya tidak bekerja dan hanya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami sebagai pemandu peribadi kira-kira RM5,000," katanya.

Katanya, dia amat mengharapkan rakyat Malaysia sudi menyumbang untuk memastikan pembedahan anaknya di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dapat berjalan dengan lancar.

"Sebagai ibu, saya amat sedih dan tak sanggup tengok keadaan anak ini selamanya macam ini.

"Jadi saya mohon rakyat Malaysia dapat menyumbang supaya anak saya cepat sembuh dan boleh membesar depan mata kami di rumah macam bayi lain," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dan sumbangan kepada tabung berkenaan layak mendapat pelepasan cukai.

Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Empat, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun Bank Muamalat bernombor 14010008842718 atau Maybank bernombor 514105323170 dan nyatakan nama pesakit pada bahagian rujukan penerima atau butiran pembayaran lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-hanya-di-hospital
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.097191 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list