CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1970|Reply: 0

Sri Pahang sedia sekat TFC

[Copy link]
Post time 28-10-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode

FADHLI Shas (kiri) ketika saingan Piala FA menentang Perak. -FOTO Bernama

Kuantan: Sri Pahang FC akan memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk mencatat kemenangan ke atas Terengganu FC (TFC) apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi Liga Super di Stadium darul Makmur, malam esok.

Pemain pertahanan, Fadhli Shas berkata, segalanya sudah dilakukan terutama daripada segi prestasi untuk menyekat lawan daripada membawa pulang mata.

"Kami sudah sedia dan akan mempamerkan persembahan terbaik untuk mengutip tiga mata di halaman sendiri terutama meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik musim ini.

"Dengan latihan dan beberapa perlawanan persahabatan, kami sudah mempertingkatkan segalanya terutama memperbaiki kelemahan," kata Fadhli yang juga bekas pemain kebangsaan.

Sementara itu, difahamkan, skuad Tok Gajah tidak dapat menyenaraikan penyerang berbisa, Kpah Sherman yang digantung satu perlawanan kerana mengutip tiga kad kuning.

Justeru, jentera serangan dijangka diketuai dua pemain import dari Brazil, Rafael Silva dan Lucas Silva bagi merobek gawang lawan.

Gandingan dua penyerang itu sudah pasti dinantikan terutama dalam usaha mengutip tiga mata di halaman sendiri, sekali gus memperbaiki kedudukan terbaik dalam saingan liga.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ang-sedia-sekat-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.042591 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list