View: 2129|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Anak autisme hafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa 18 bulan
[Copy link]
|
|
Seremban: Dia disahkan menghidap autisme pada usia dua tahun dengan sindrom 'speech delay', namun siapa sangka anak istimewa ini kini bergelar 'hafiz' dan mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 18 bulan.
Meskipun keadaan perkembangannya yang lambat berbanding kanak-kanak biasa, Yusof Mohamad Kamal Pakhrul Hisham, 13, dikurniakan keistimewaan luar biasa itu selepas sering diperdengarkan surah ketika 'tantrum'.
Ibunya, Fazura Mohd Noor, 49, berkata, dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi kepada Yusof kerana menyedari kekurangan anak bongsu daripada dua beradik itu selepas disahkan menghidap autisme.
"Di sebalik kekurangannya yang lambat bercakap dan lambat berkembang, saya dapati dia mempunyai kelebihan daya ingatan yang kuat. Indahnya ciptaan tuhan.
"Pada usia tiga tahun, Yusof mampu menghafal surah lazim hanya mendengar melalui radio atau televisyen," katanya ketika ditemui.
Fazura berkata, selepas melihat kelebihan yang ada pada Yusof, dia dan suami, Mohamad Kamal Pakhrul Hisham Ismail, 50, mengambil keputusan menghantar anaknya itu ke sekolah berteraskan pengajian al-Quran ketika berusia tujuh tahun.
Dia berkata, kelebihan Yusof lebih terserlah selepas dia mengikuti pengajian di Madrasah Tahfiz Az-Zein (MATAZ) di Senawang, tahun lalu.
MOHAMAD Kamal dan Fazura berbangga dengan Yusof yang mampu menghafaz 30 juzuk ayat al-Quran dalam tempoh 18 bulan ketika ditemui di MATAZ di Senawang. FOTO Azrul Edham
"Saya memang tidak sangka Yusof boleh menghafaz 30 juzuk al-Quran secepat itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya memang berterima kasih kepada ustaz yang tahu kekuatan yang ada pada Yusof.
"Ini anugerah Allah beri pada Yusof kerana kita yang normal pun belum tentu mampu lakukan sepertinya. Syukur," katanya.
Menceritakan sejarah anaknya selepas disahkan menghidap autisme, Fazura berkata, disebabkan lambat bercakap, Yusof mengekspresikan emosinya melalui tantrum sehingga dia berusia tiga tahun lebih.
"Pada awalnya kami memperdengarkan alunan ayat suci al-Quran ketika dia tantrum. Apabila dengar, Yusof akan lebih tenang dan dia mula ikut membaca ayat lazim pada usia empat tahun," katanya.
Sementara itu, pembimbing program tahfiz MATAZ, Makmur Ibrahim berkata, Yusof satu-satunya pelajar yang dikategorikan sebagai istimewa.
"Kebiasaannya pelajar atau hafiz yang normal mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk menghafaz 30 juzuk ayat al-Quran.
"Saya pada mulanya tidak perasan kelebihan yang ada pada Yusof tetapi apabila semak hafazan dia secara konsisten, saya tengok dia mampu ingat semuanya.
"Memang susah jika mahu cari kesalahan hafazan pada Yusof dan itulah kelebihan Allah kurniakan yang juga menjadi penenang jiwanya," katanya.
Makmur berkata, kini terdapat 28 pelajar lelaki berusia 13 hingga 20 tahun di madrasah terbabit dan mereka memahami keadaan Yusof yang tidak seperti insan normal lain.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... dalam-masa-18-bulan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|