View: 5949|Reply: 0
|
Hamilton, Russell kecewa prestasi jentera
[Copy link]
|
|
JENTERA Mercedes dikatakan bergelut untuk beraksi di Autodromo Hermanos Rodriguez. FOTO AFP
Mexico City: Lewis Hamilton dan rakan sepasukannya di Mercedes, George Russell, kedua-duanya berkata mereka berasa kecewa dengan prestasi jentera yang tidak menentu dan steward perlumbaan selepas hanya meraih petak keenam dan kelapan di Grand Prix (GP) Mexico yang berlangsung pagi esok.
Kedua-dua pemandu bergelut untuk memberikan pusingan yang konsisten dalam keadaan berubah-ubah di altitud tinggi Autodromo Hermanos Rodriguez, 2,250 meter dari paras laut, dan juga menghadapi pemeriksaan daripada steward selepas kelayakan.
Juara dunia tiga kali Max Verstappen dari Red Bull juga didatangani steward perlumbaan selepas meraih petak ketiga di belakang dua pemandu Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz.
Russell dan Verstappen berdepan siasatan kerana berhenti di pitlane, menghalang beberapa jentera lain, ketika mereka menunggu masa pusingan terakhir, manakala Hamilton dituduh mengabaikan bendera kuning.
"Saya bergelut sepanjang hujung minggu dengan jentera ini," kata Hamilton, yang menamatkan perlumbaan GP Amerika Syarikat Ahad lalu hanya dua saat di belakang Verstappen sebelum keputusannya dibatalkan selepas sesi pemeriksaan keretanya.
"Ia mimpi ngeri untuk memandu dan jentera kami tidak sesuai dengan litar ini. Kami membuat beberapa perubahan yang baik. Pada Q1 dan Q2, ia tidak kelihatan terlalu buruk, tetapi kemudian di Q3 masalah semakin memuncak, kadangkala ia berfungsi, kadangkala tidak."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... wa-prestasi-jentera |
|
|
|
|
|
|
| |
|