CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2492|Reply: 0

[Kelantan] Harga ayam di Pasar Siti Khadijah RM8 sekilogram

[Copy link]
Post time 29-10-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Harga runcit ayam standard mula menunjukkan trend penurunan di sini, apabila bekalan itu dijual dengan RM8 sekilogram hari ini berbanding RM9.40 seminggu yang lalu.

Tinjauan di Pasar Besar Siti Khadijah di sini, mendapati lambakan ayam yang disebabkan permintaan kurang menjadi faktor harga turun mendadak.

Peniaga, Kamariah Md Hanafi, 61, berkata, dalam tempoh seminggu ini harga ayam turun sebanyak tiga kali menyebabkan harga jualan runcit adalah RM8 sekilogram.

Menurutnya, harga turun kerana bekalan banyak dan harga ayam yang dibeli daripada pemborong juga sudah mula turun.

"Saya mengambil bekalan ayam sebanyak 300 ekor sehari dan ayam habis dijual sekitar 200 ekor sahaja kerana kurang pelanggan.

"Berbanding sebelum ini, saya mengambil bekalan lebih 600 ekor sehari dan ia habis dijual, namun sejak setahun ini permintaan ayam kurang menyebabkan saya mengambil bekalan yang sedikit daripada pemborong," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah.

Ibu kepada empat anak itu berkata, walaupun harga turun tetapi permintaan terhadap ayam kurang kerana kemungkinan orang ramai tidak mempunyai duit.

"Jika ada duit, mereka membeli barangan keperluan seperti beras terlebih dahulu. Sekiranya ada duit lebih baru mereka akan beli ayam.

"Walaupun permintaan ayam kurang dan tidak untung banyak, namun saya tetap terus berniaga demi keluarga dan tujuh pekerja," katanya yang berniaga ayam sejak 35 tahun lalu.

Pelanggan, Zira Mat Hassan, 36, pula berkata, penurunan harga ayam itu disambut baik kerana ia akan mengurangkan perbelanjaan dapurnya.

Katanya, sebelum ini harga ayam mahal menyebabkan ramai berkira-kira untuk membeli ayam, namun sejak harga turun ia mengurangkan bebanan belanja dapur.

"Saya harap harga ini akan turun lagi atau kekal kerana ramai terkesan jika harga naik," katanya.


Tinjauan di Pasar Besar Siti Khadijah di sini mendapati lambakan ayam yang disebabkan permintaan kurang menyebabkan harga turun mendadak. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ijah-rm8-sekilogram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.600536 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list