View: 3491|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Hujan dijangka berterusan hingga petang di sebahagian Kedah, Kelantan Perak dan Selangor
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kebanyakan negeri di Semenanjung menunjukkan cuaca cerah dan baik, pagi ini kecuali di kawasan persisiran pantai timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang selain pesisir timur Johor.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, kawasan pesisir pantai berkenaan mengalami hujan lebat dan ribut petir yang mana keadaan hujan itu dijangka berterusan sehingga tengah hari untuk kawasan terbabit.
Menurutnya, tinjauan cuaca semasa di Sabah dan Sarawak pula menunjukkan ribut petir kini sedang berlaku di beberapa bahagian kawasan di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Betong, Kapit dan Miri yang dijangka berterusan sehingga tengah hari.
"Sabah pula keadaan cuaca cerah dan baik untuk kebanyakan bahagian negeri berkenaan dan ia juga dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya awal petang ini," katanya dalam video laporan cuaca semasa di YouTube, hari ini.
Katanya, bagi tinjauan cuaca sebelah petang pihaknya masih menjangkakan hujan lebat dan ribut petir di hampir semua negeri di Semenanjung terutama sekitar pedalaman berpotensi berlarutan hingga lewat malam.
"Ia terutama kawasan pedalaman Kedah, Kelantan Perak dan Selangor dijangka berterusan sehingga ke lewat malam dan ia turut membabitkan Sabah serta Sarawak.
"Ia dijangka lebih tertumpu di sekitar kawasan pedalaman kedua-dua negeri seperti kawasan pedalaman Sabah dan Limbang serta Kapit untuk Sarawak," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... gian-kedah-kelantan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|