CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1539|Reply: 0

[Johor] Konon buang santau, bomoh rogol remaja sampai mengandung

[Copy link]
Post time 30-10-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

MUAR – Seorang bomoh yang juga jurulatih Muay Thai sekali lagi dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sehingga mengandung ketika menjalani rawatan perubatan tradisional untuk membuang santau.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian rogol berkenaan di Balai Polis Daerah Muar, Jumaat lalu (27 Oktober).

Menurutnya, berdasarkan laporan kejadian, pelajar berkenaan berusia 15 tahun dirogol semasa proses perubatan dilakukan pada November 2022 dan April 2023.

“Menurut keluarga mangsa, perubatan dilakukan kerana mangsa sering sakit dan mereka sekeluarga dipercayai terkena santau.

“Mangsa mengetahui dia telah dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada bulan September lalu dan terfikir bahawa apa yang berlaku terhadapnya adalah persetubuhan (rogol).

“Dalam masa yang sama, mangsa dapati dia tidak datang haid lalu mangsa telah memberitahu ibunya dan pemeriksaan kesihatan mengesahkan mangsa mengandung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Raiz Muhkliz, pertuduhan ke atas suspek masih lagi belum dapat dilakukan di Muar kerana suspek sedang ditahan di Penjara Sungai Udang atas kes jenayah rogol.

Sementara itu, suspek dikenali sebagai Zemi Rahim, 50, turut melakukan kesalahan rogol terhadap seorang lagi pelajar berusia 16 tahun dua bulan di Melaka pada awal September sehingga 9 Oktober lalu.

Suspek mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada 19 Oktober lalu atas tuduhan mencabul pelajar perempuan tersebut dengan alasan bagi membuang ‘pendamping’ pada badan mangsa.

Modes operandi suspek memerangkap mangsa atas tujuan merawat mangsa yang rata-rata mengalami gangguan makhluk ghaib. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -sampai-mengandung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.040675 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list