CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2023|Reply: 0

[Johor] MBJB pasang 23 perangkap sampah untuk atasi isu pencemaran sungai

[Copy link]
Post time 30-10-2023 05:44 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah memasang 23 unit perangkap sampah moden yang menelan kos RM12.5 juta bagi menangani isu pencemaran sungai kritikal di bawah pentadbirannya.

Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, perangkap sampah moden itu dipasang di 14 sungai seperti Sungai Sebulung, Sungai Taman Johor, Sungai Pandan, Sungai Tampoi dan Sungai Ayer Molek.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan sungai dalam bandar di bawah seliaan MBJB tidak dicemari sampah sarap yang boleh menyebabkan punca air negeri tercemar.

"Longgokan sampah ini bergantung kepada pasang surut air itu sendiri, bila air surut sampah akan dibawa ke laut dan apabila air pasang, ia akan naik ke atas. Sebab itu, perkara ini Kita perlu kawal di peringkat anak sungai lagi.

"Di MBJB, kita sudah pasang 14 perangkap sampai jenis CDS-GPT untuk memastikan sampah tidak sampai ke sungai besar. Pada tahun depan, kita akan tambah 10 lagi pada tahun depan mengikut peruntukan.

"Untuk memastikan keberkesanan penjagaan sungai ini, ia memerlukan keterlibatan pelbagai pihak yang dilakukan secara bersepadu," katanya kepada selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB, hari ini.

Kelmarin, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkenaan untuk menubuhkan pasukan khas bagi menangani isu sungai tercemar.

Onn Hafiz berkata demikian selepas pihaknya mengenal pasti 14 sungai yang dikategorikan dalam kualiti paling tercemar di negeri ini.

Mengulas lanjut, daripada jumlah itu, Mohd Noorazam berkata, hanya dua sungai sahaja yang berada di bawah pemantauan MBJB iaitu Sungai Kempas dan Sungai Sengkuang.

Katanya, antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai adalah kedudukan sungai berhampiran kawasan industri haram, kawasan perindustrian tidak tersusun dan kawasan setinggan.

"Untuk melaksanakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) di kawasan sungai ini, semua pihak perlu memainkan peranan dan hasilnya bukan dapat dilihat dalam kadar segera.

"Perancangan itu perlu dibuat secara rapi dan akan memakan masa hingga 10 tahun untuk dapat keputusan yang dirancang bagi tujuan pembersihan sungai, penyusunan semula kawasan dan 'urban renewal'," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-pencemaran-sungai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.222468 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list