CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pembedahan Fontan peluang Muhammad Rais hidup normal

[Copy link]
Post time 31-10-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Rais yang mengalami komplikasi jantung dan memerlukan bantuan pembedahan sebanyak RM100,000 menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. FOTO AZIAH AZMEE

Kuala Lumpur: "Doktor beritahu pembedahan keempat ini adalah peluang dia dapat hidup seperti kanak-kanak lain, namun kosnya yang mencecah RM100,000 amat merisaukan kami," kata Norhidayu Mohd Rehat, 32, ibu kepada Muhammad Rais Shaqib, kanak-kanak enam tahun yang mempunyai masalah jantung.

Anak bongsu daripada dua beradik perlu menjalani pembedahan Fontan di Hospital Gleneagles dalam tempoh terdekat bagi merawat masalah Ventricular Septal atau injap jantung terbalik dan saluran sempit yang dihidapi sejak berumur dua bulan.

Norhidayu berkata, Muhammad Rais sudah menjalani tiga kali pembedahan jantung dan memerlukan satu lagi pembedahan saluran darah yang tersempit.

"Kali ini, pembedahan bakal dilakukan untuk menambah tiub di dalam badannya untuk mengekalkan peredaran darah dan mendapat oksigen yang cukup.

"Rais dilahirkan normal dan sihat seperti kanak-kanak lain tapi selepas dua bulan, kuku, tangan dan mulutnya menjadi biru.

"Komplikasi jantung Rais hanya diketahui selepas dua bulan apabila kami ke klinik dan doktor mendapati bacaan oksigennya tidak normal.

"Rais kemudiannya dirujuk ke hospital dan disahkan mengalami masalah jantung dan saluran darah sempit," katanya.

Rais menjalani pembedahan seawal usia tiga bulan, pembedahan kedua pada umur setahun dan menjalani pembedahan ketiga pada umur tiga tahun.

Katanya, kos pembedahan menjadi halangan kerana pendapatannya sebagai pekerja kilang serta suaminya, Amir Kambali, 32, sebagai pemandu lori sekitar RM5,000 sebulan.

Menurutnya, dia harap rakyat Malaysia dapat membantu meringankan beban supaya Rais cepat sembuh dan membesar depan mata mereka seperti kanak-kanak lain.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dan sumbangan kepada tabung berkenaan layak mendapat pelepasan cukai.

Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat 5, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun bank Tabung Kemanusiaan MEDIA PRIMA-NSTP (Bank Muamalat - 14010008842718) atau (Maybank - 514105323170) dan nyatakan nama pesakit pada bahagian rujukan penerima atau butiran pembayaran lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... d-rais-hidup-normal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.457930 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list