CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1460|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tiada peningkatan harga ayam di Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 1-11-2023 01:15 PM | Show all posts |Read mode

PENIAGA-peniaga ayam segar di Pasar Ampangan, Seremban melayan permintaan pembeli ketika tinjauan di pasar berkenaan hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.



SEREMBAN: Tiada peningkatan bagi harga runcit ayam segar di pasaran di Negeri Sembilan walaupun kerajaan mengambil langkah menamatkan subsidi ayam berkuat kuasa hari ini.

Tinjauan di beberapa pasar awam di bandar ini juga mendapati ayam segar dijual pada harga RM9.40 sekilogram seperti sebelum ini manakala di beberapa pasar raya pula ia dijual pada harga RM7.90 sekilogram.

Seorang peniaga ayam di Pasar Ampangan di sini, Alizan Tambi, 52, berkata, harga ayam yang dijual banyak bergantung kepada bekalan ayam dan harga yang diterima daripada pihak pembekal.

Jelasnya, jika bekalan ayam adalah banyak dan tidak menghadapi sebarang masalah di pasaran, harga jualan juga sudah tentu tidak meningkat.

“Harga ayam jika turun maksudnya memang bekalan ada dan banyak namun jika harga tiba-tiba sahaja meningkat biasanya pembekal akan memberitahu ayam kurang, itu sahaja alasan mereka.

“Harga memang tiada masalah namun apabila bekalan ayam tiada harga pasti akan melambung. Setakat ini harga ayam yang kami terima dari pembekal memang menunjukkan penurunan kebelakangan ini dan kami sebagai peniaga boleh ‘bernafas’ sedikit,” katanya di sini.

Alizan menjelaskan ketika ini harga ayam yang diterimanya daripada pembekal adalah sekitar RM6 bagi sekilogram.

“Setakat ini juga kami tiada menerima apa-apa pemakluman daripada pembekal mengenai kenaikan harga ayam, naik turun harga itu biasa namun tidak seperti sebelum ini apabila harga ayam sampai kepada kami mencecah lebih RM7 sekilogram.

“Sekarang ini paling tinggi harga pembekal kepada peniaga adalah sekitar RM6.50 sekilogram, harga ayam tengah turun, buat masa ini kami kekal jual ayam kepada pengguna dengan harga RM9.40 sekilogram dan tambahan RM1 untuk caj pemotongan.

“Selepas ini, kerajaan perlu kawal harga bekalan ayam, jika kerajaan mahu harga runcit kekal pada harga RM9.40 namun tidak kawal harga bekalan, susah buat kami,” katanya.


PENIAGA mengambil bekalan ayam segar untuk dijual ketika tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Ampangan, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan juga berkata, hasil pemantauan pihaknya, rata-rata peniaga menjual ayam pada harga yang dikawal sebelum ini iaitu RM9.40 sekilogram.

Beliau juga mengakui bekalan ayam di pasaran yang sangat stabil menjadi faktor menyebabkan harga jualan dapat dikekalkan selain permintaan pengguna yang tidak mendesak.

“Permintaan yang tidak mendesak serta bekalan yang sangat stabil menjadi faktor penyumbang kepada harga ayam masih kekal RM9.40 sekilogram hari ini.

“Untuk harga ayam ini memang ia bergantung kepada bekalan termasuk di ladang, bagaimanapun kenaikan harga boleh berlaku termasuk oleh sebab musim perayaan dan cuaca juga memainkan peranan,” katanya.-UTUSAN.


https://www.utusan.com.my/berita ... di-negeri-sembilan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.071832 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list