View: 2887|Reply: 0
|
Wolff sokong City, tidak akan sertai Ratcliffe beli United
[Copy link]
|
|
WOLFF tidak akan bergabung dengan Ratcliffe untuk membeli United. FOTO Reuters
Sao Paulo: Bos Formula Satu (F1) Mercedes, Toto Wolff menyatakan sokongannya terhadap pengurus Manchester City, Pep Guardiola dan sukar untuknya menjadi pemilik bersama dengan Jim Ratcliffe dalam membeli Manchester United.
Pengerusi Ineos yang juga jutawan kelahiran Manchester, Ratcliffe bersedia untuk mengambil 25% kepentingan dalam pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Ditanya sama ada beliau mungkin tergoda untuk menyertai warga Britain itu, Wolff dari Austria - juga pemilik bersama pasukan Mercedes - menjauhkan diri daripada sebarang pembabitan itu serta-merta.
Wolff berkata Ratcliffe adalah 'seorang yang bijak' sehingga beliau sendiri akan bersedia untuk berbual jika ada apa-apa yang boleh disumbangkan.
"Saya peminat EPL. Saya fikir ia adalah persekitaran yang paling sukar. Saya peminat Pep Guardiola, jadi saya rasa itu tidak serasi," kata Wolff.
Guardiola adalah tetamu Mercedes pada Grand Prix (GP) British tahun ini dan juga pada GP Abu Dhabi yang mengakhiri musim tahun lalu.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain tetapi apabila saya mendengar beliau bercakap, ia seperti ayat saya, pendekatan yang sama – dan dia berkata perkara yang sama mengenai saya," Wolff memberitahu podcast F1 'Beyond the Grid' tahun lalu.
"Pada asasnya, ia bergantung kepada pengurusan manusia, dan (beliau) seorang yang pastinya akan menjadi sebahagian daripada perjalanan saya ke hadapan kerana beliau berada pada gelombang yang sama."
Wolff turut bergambar bersama Guardiola di Yas Marina sambil memegang jersi Manchester City dengan tertera nama Toto di bahagian belakang.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tcliffe-beli-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|