CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5287|Reply: 0

Hangat nama Zidane berkumandang di Old Trafford

[Copy link]
Post time 4-11-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode

ZINEDINE ZIDANE

MANCHESTER – Hierarki tertinggi Manchester United dilaporkan mempertimbangkan dua calon berpotensi untuk menggantikan Erik ten Hag yang kini berdepan tekanan cukup tinggi ekoran prestasi buruk sejak kebelakangan ini.

Apa jua keputusan ke atas Fulham malam ini dikatakan belum cukup untuk meredakan kemarahan pengurusan tertinggi United yang masih kecewa tersingkir daripada Piala Liga Inggeris (EFL) kepada Newcastle United pada Khamis lalu.

Bukan itu sahaja, prestasi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini juga tidak menggambarkan The Red Devils sebagai pencabar utama kejuaraan dengan lima kemenangan dan lima kekalahan daripada 10 perlawanan.

Walaupun Ten Hag, 53, menganggap dirinya sebagai ‘pejuang’ tetapi ahli lembaga pengarah kelab itu enggan mengambil risiko dan menjadikan Zinedine Zidane serta ketua jurulatih Sporting Lisbon, Ruben Amorim sebagai calon baharu.

Zidane kini tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak meninggalkan Real Madrid pada Mei 2021, manakala Amorim sanggup menerima ‘pelawaan’ jika terpaksa walaupun beliau mengakui gembira bersama Sporting ketika ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ng-di-old-trafford/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.033065 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list