CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5024|Reply: 0

Arsenal elak catat kemenangan kedua berturut-turut

[Copy link]
Post time 4-11-2023 03:00 PM | Show all posts |Read mode

ARTETA tidak mahu The Gunners tumpas lagi. FOTO AFP

London: Arsenal akan cuba mengelak kekalahan berturut-turut pertama mereka dalam semua pertandingan musim ini apabila mereka membuat perjalanan ke utara untuk menentang Newcastle United awal pagi esok.

Arsenal (7-0-3, 24 mata) adalah salah satu daripada dua pasukan yang masih belum tewas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, dengan pengurus Mikel Arteta membuat perubahan besar pada skuadnya, The Gunners tumpas 1-3 kepada West Ham dalam pusingan keempat Piala Liga pertengahan minggu ini.

"(Tahap) menurun terutamanya dalam satu fasa pada separuh masa kedua dan apabila itu berlaku, anda perlu bersaing dengan cara berbeza untuk cuba memulihkan momentum dalam permainan dan kami tidak melakukannya dengan cukup baik," kata Arteta.



"Kami tahu piawaian dan kami tahu bahawa cara kami bermain, terutamanya pada separuh masa kedua berbanding hari lain, tidak cukup bagus."

The Gunners menentang Newcastle yang meraih kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Manchester United dalam saingan Piala Liga.

Miguel Almiron membuka jaringan pada minit ke-28 selepas masuk sebagai pemain gantian pada masa kecederaan separuh masa pertama, Lewis Hall menyusul lapan minit kemudian, dan Joe Willock memastikan kemenangan pada minit ke-60.

Magpies (5-3-2, 17 mata) perlu terus mengharungi aksi ketika berdepan masalah kecederaan yang semakin meningkat.

Terbaru, pengurus Eddie Howe kehilangan penyerang Alexander Isak dan pemain sayap, Jacob Murphy akibat kecederaan yang dialami dalam kekalahan 0-1 kepada Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara pada 25 Oktober.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... edua-berturut-turut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.325347 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list