View: 1944|Reply: 0
|
Contohi Fernandes - Ten Hag
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ENGLAND-FUL-MUN_REPORT_1699150302.jpg)
FERNANDES meraikan jaringan kemenangan ketika bertemu Fulham. FOTO Reuters
London: Erik ten Hag berkata beliau tidak memahami kritikan terhadap Bruno Fernandes selepas kapten Manchester United itu meredakan tekanan ke atas pengurusnya dengan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Fulham 1-0.
Kepimpinan Fernandes dipersoalkan semasa permulaan buruk musim ini dengan bekas kapten United, Roy Keane antara mereka yang menggesa agar pemain antarabangsa Portugal itu dilucutkan daripada memakai lilitan lengan ketua pasukan.
Bagaimanapun, dia menghasilkan momen berkualiti yang jarang berlaku di Craven Cottage kerana rembatannya dari luar kotak penalti sukar diselamatkan Bernd Leno pada minit ke-91 untuk memberikan sedikit kelegaan kepada pengurusnya selepas minggu yang sukar.
"Saya tidak faham itu," kata Ten Hag mengenai pengkritik Fernandes.
"Setiap orang ada kesilapannya, tiada siapa yang sempurna tetapi dia melakukan banyak perkara dengan sangat baik.
"Dia menunjukkan setiap kali sebagai kapten dia adalah contoh. Anda lihat bagaimana dia bekerja, bagaimana dia menekan dan akhirnya dia menjaringkan gol."
Kemenangan itu mengangkat United ke tangga keenam dan dalam lima mata daripada empat teratas.
Ten Hag melabelkan keputusan Marcus Rashford menghadiri majlis hari jadi di kelab malam beberapa jam selepas kekalahan 0-3 kepada Manchester City hujung minggu lalu sebagai tidak boleh diterima.
Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Belanda itu menegaskan bahawa ketiadaan Rashford dalam skuad adalah disebabkan kecederaan dan bukannya sebarang tindakan disiplin.
United memerlukan permulaan yang cerah selepas seminggu melalui keputusan mengecewakan.
Mereka juga tewas 0-3 di laman sendiri kepada Newcastle pada hari sekali gus tersingkir dalam saingan Piala Liga
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-fernandes-ten-hag |
|
|
|
|
|
|
| |
|