View: 1592|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Penganggur ditahan bersama dadah lebih RM600,000
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan.
Kuala Lumpur: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah selepas menahan lelaki dalam serbuan di sebuah apartmen di Jalan Kuchai Maju di sini, semalam.
Serbuan pada 5 petang itu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, berjaya merampas dadah jenis methepathamine dan ketamin bernilai RM652,100.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, penganggur berusia 25 tahun itu ditahan di apartmen berkenaan.
"Serbuan menemui 8.1 kilogram (kg) dadah jenis methepathamine dan 5.3 kg ketamin dipercayai untuk edaran pasaran tempatan.
"Polis turut merampas alatan yang digunakan untuk memproses dadah. Suspek dipercayai menjadikan dadah berkenaan dalam bentuk pil," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Amihizam berkata, ujian saringan air kencing suspek mendapati negatif dadah, namun dia mempunyai satu rekod jenayah lampau.
"Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti ahli sindiket dan sumber bekalan diperoleh.
"Suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan rampasan dadah itu diminta menyalurkan maklumat di talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan.
"Kerjasama masyarakat amatlah dihargai bagi mengekang dan menghapuskan aktiviti pengedaran dadah khususnya di kawasan pentadbiran IPD Brickfields," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adah-lebih-rm600000 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|