View: 996|Reply: 0
|
Real Madrid kali pertama tumpul
[Copy link]
|
|
AKSI Vinicius melakukan tandukan ke gawang Vallecano. FOTO Reuters
Madrid: Real Madrid melepaskan beberapa peluang ketika seri 0-0 dengan Rayo Vallecano di tempat sendiri awal pagi tadi sekali gus menduduki tangga kedua La Liga di belakang Girona.
Tuan rumah mendominasi permainan sejak minit pertama tetapi gagal menembusi gawang pelawat walaupun mencipta 22 percubaan.
Ia kali pertama musim ini Real gagal menjaringkan gol dan keputusan seri itu membolehkan skuad Carlo Ancelotti meraih 29 mata, dua mata di belakang Girona yang menang 4-2 di Osasuna kelmarin.
Pasukan di tangga ketika Barcelona memiliki 27 mata selepas menang 1-0 di Real Sociedad.
"Saya tidak bimbang gagal jaringkan gol, kami berusaha pelbagai cara. Tapi tak menjadi dan ia boleh berlaku," kata jurulatih Ancelotti.
"Perlawanan bagus dengan sikap yang bagus, banyak peluang cuma tiada penyudah berkesan. Namun tetap kecewa tetapi bagi saya ia aksi yang bagus."
Pertahanan Rayo cekal bertahan diketuai penjaga gol Stole Dimitrievski yang menyelamatkan beberapa percubaan Federico Valverde dan Joselu pada babak pertama.
Vinicius Jr nyaris meletakkan Real di depan minit ke-66 tetapi jaringannya dibatalkan selepas ofside terlebih dahulu.
"Ia perlawanan sangat komprehensif daripada pasukan," kata penyerang Rayo, Raul de Tomas kepada DAZN. "Kami tahu cabaran stadium ini tetapi kami bekerja keras dan saya bangga dengan rakan sepasukan."
Gergasi Sepanyol itu dalam aksi seterusnya akan menerima kunjungan Braga dalam sainganLiga Juara-Juara Khamis ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kali-pertama-tumpul |
|
|
|
|
|
|
| |
|