CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2024|Reply: 0

[Selangor] Pindah 400,000 liter diesel secara haram di laut

[Copy link]
Post time 6-11-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Dua kapal yang ditahan selepas melakukan pemindahan diesel tanpa kebenaran di kedudukan lebih kurang 0.7 batu nautika Barat Daya Kapar, semalam.

KLANG – Tindakan dua kapal dipercayai melakukan operasi pemindahan 400,000 liter minyak diesel tanpa kebenaran terbongkar apabila dikesan di sekitar sekitar perairan Kapar di sini, semalam.

Kejadian itu dikesan kira-kira pukul 12.15 tengah malam sebelum penahanan dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, pemeriksaan mendapati satu daripada kapal tersebut merupakan kapal MT Tuah Sejagat yang berdaftar di Malaysia dengan mempunyai enam kru warga Indonesia.

“Kapal itu didapati sedang memindahkan diesel kira-kira 400,000 liter ke kapal MT Scorpio yang juga berdaftar di negara ini.

“Ia turut membawa kru melibatkan sembilan warga Indonesia, dua warga tempatan dan seorang Myanmar,” katanya hari ini.

Tambah Mohd. Sharenliza, kesalahan dilakukan antaranya gagal mengemukakan dokumen kebenaran melakukan pemindahan minyak.

“Empat kru kapal itu ditahan dan dibawa ke pejabat Maritim Selangor bagi siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... cara-haram-di-laut/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.095141 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list