View: 1467|Reply: 0
|
Afiq Fazail, Sumareh dipanggil Pan Gon
[Copy link]
|
|
KIM PAN GON
PETALING JAYA: Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Afiq Fazail dan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh muncul antara 25 pemain yang kembali menyarung jersi pasukan Harimau Malaya.
Tindakan Kim Pan Gon menyenaraikan Afiq dilihat wajar susulan prestasinya bersama Harimau Selatan dan dilihat mampu memberi variasi baharu dalam menggerakkan serangan pasukan.
Bagaimanapun, keputusan memanggil Sumareh mencetuskan sedikit persoalan kerana dia sudah lama tidak beraksi bersama Harimau Malaya selain kurang mendapat peluang bermain di JDT.
Skuad kebangsaan akan memulakan latihan pusat bermula Jumaat ini bagi menghadapi perlawanan Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan bulan ini.
Berdasarkan senarai yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, Pan Gon mengekalkan seramai 20 daripada 25 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat ketika Pestabola Merdeka 2023, bulan lalu.
Perkembangan itu menyaksikan Afiq dan Sumareh termasuk dalam lima pemain baharu yang kembali tersenarai kali ini bersama Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Shahrul Saad dan Syahmi Safari.
Dalam pada itu, tiga lagi pemain JDT yang sebelum ini menjadi sebutan layak untuk berada dalam skuad Harimau Malaya iaitu Syafiq Ahmad, Nathaniel Hong Wan dan Muhamad Feroz Baharudin sekali lagi diletakkan dalam senarai bersedia.
Menurut kenyataan FAM, dua pemain lagi iaitu Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Abdul Azih pula tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan.
Harimau Malaya akan berdepan Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 16 November ini sebelum terbang ke Taipei bagi perlawanan kedua bertemu Taiwan (21 November).
https://www.utusan.com.my/terkin ... -dipanggil-pan-gon/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|