CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2345|Reply: 3

Polis Ditetak Bertubi-Tubi

[Copy link]
Post time 10-2-2011 12:05 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Drama amuk selama tiga jam di sebuah rumah di TamanCempaka, Bahau, dekat sini, kelmarin berakhir dengan seorang lelakimati ditembak, manakala seorang anggota polis berpangkat sarjan cederaparah.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki berusia 30-anyang dipercayai mengalami masalah mental menyerang Sarjan Abdul RahimHamid, 50, dengan parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter menyebabkantengkorak kepala anggota polis itu retak, manakala telinga kirinyahampir putus.

Bagi menyelamatkan nyawa rakan setugas mereka, seorang daripadatiga anggota polis yang berada di tempat kejadian melepaskan satu dastembakan mengenai pipi lelaki terbabit, menyebabkan dia rebah sebelummati di tempat kejadian.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, polisbergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada ibulelaki itu berusia 50-an yang meminta bantuan berikutan anaknyatiba-tiba mengamuk.



“Kira-kira jam 2 petang, empat anggota polis tiba di rumahberkenaan dan cuba mententeramkan lelaki terbabit yang dikhuatirimengancam keselamatan penduduk setempat.


“Namun, selepas tiga jam, usaha memujuk gagal sebelum lelaki yangmasih bujang itu dilihat mula bertindak agresif sambil memegang parang.

“Berikutan itu, anggota polis menggunakan pistol pegun Taser untukmelumpuhkan sementara lelaki berkenaan, namun tidak mengena sasaranberikutan keadaan kelam-kabut dalam bilik di rumahnya,” katanya padasidang media, semalam.

Menurut Osman, suasana makin tegang apabila lelaki itu bertambahberang sehingga menyebabkan keempat-empat anggota polis berkenaanbertindak keluar dari bilik.

“Bagaimanapun, seorang daripada anggota itu terperangkap berikutanbergelut dengan lelaki berkenaan yang menetaknya bertubi-tubi beberapakali pada dahi, kepala, leher dan bahunya.

“Bagi menyelamatkan anggota itu yang berkemungkinan mati, seoranganggota lain melepaskan satu das tembakan ke arah lelaki berkenaan danmengena ke pipinya lalu mati di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, Abdul Rahim yang cedera dikejarkan ke Hospital Jempolsebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untukrawatan lanjut.

  Beliau berkata, siasatan kes  dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan  cubaan membunuh.

“Hasil siasatan awal mendapati anak kedua daripada lima beradikitu mempunyai masalah mental dan tinggal berdua bersama ibunya sejakbeberapa tahun lalu.

“Keterangan semua saksi termasuk ibu suspek diambil dalam tempohterdekat termasuk mengenal pasti punca sebenar lelaki berkenaanmengamuk,” katanya.

  Osman turut melawat Abdul Rahim di HTJS dan keadaannya kini dilaporkan stabil, namun masih lemah.


Hmmmm teringat kes kat belah utara setahun dua lepas..yang org mengamuk psal kawan dia tggalkan kat kedah nak blik perlis jalan kaki.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 04:41 PM | Show all posts
SEREMBAN: Drama amuk selama tiga jam di sebuah rumah di TamanCempaka, Bahau, dekat sini, kelmarin be ...
KingNepTune Post at 10-2-2011 12:05



ekau ni mesti dah tak boto. apa ko ingat iso samad montori wilayah lagi ko   
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 11:01 PM | Show all posts
ekau ni mesti dah tak boto. apa ko ingat iso samad montori wilayah lagi ko
zidlan Post at 10-2-2011 16:41



   


nogori 9 istihar jadik wilayah taun bilo gamoknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 11:03 PM | Show all posts
nogori 9 istihar jadik wilayah taun bilo gamoknya
ajis_kg Post at 10-2-2011 23:01



ahahahha mesti meroyan tak habis bilo iso samad dok kek felda...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.128616 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list