CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1360|Reply: 0

Arsenal wajib benam Sevilla

[Copy link]
Post time 7-11-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode

ARTETA tak rela Arsenal tewas kali ketiga berturut-turut.

London: Arsenal kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas dua kekalahan berturut-turut dalam semua kejohanan manakala gergasi Sepanyol, Sevilla berharap dapat menambahkan lagi duka Gunners.

Misi skuad kendalian Mikel Arteta menjuarai Piala Liga kali pertama sejak 1993 musnah selepas tewas 1-3 di tangan West Ham pada Rabu lalu.

Manakala jaringan kontroversi Anthony Gordon menyebabkan kekalahan Arsenal ketika menentang Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park empat hari kemudian.

Namun perhatian kini tertumpu kepada cabaran UCL di mana kemenangan membolehkan Gunners hanya selangkah ke peringkat kalah mati dan peluang lebih cerah selepas mereka menang 2-1 di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan dalam aksi sebelum ini.



Walaupun skuad Arteta bebas daripada kecederaan baharu, mereka tetap melayan kunjungan Sevilla tanpa kuartet Gabriel Jesus, Thomas Partey, Emile Smith Rowe dan Jurrien Timber manakala Martin Odegaard belum pasti diturunkan selepas tersisih menentang Newcastle akibat kecederaan pinggul.

Sementara itu, pengurus Sevilla Diego Alonso bergantung harapan kepada kecergasan pertahanan veteran Sergio Ramos dan Marcao yang kedua-duanya tidak beraksi dalam aksi La Liga kelmarin akibat kecederaan otot.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... wajib-benam-sevilla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.033090 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list