CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1447|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] ‘Mula-mula sentuh tangan, lepas itu raba leher dan belakang’

[Copy link]
Post time 7-11-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Seorang ibu membuat laporan polis selepas mendakwa anak perempuannya dicabul seorang guru lelaki berusia 50-an dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini pada pertengahan Oktober lalu.

Menurut ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Amira, guru terbabit didakwa telah meraba tangan, belakang dan leher anaknya dalam sebuah bilik aktiviti di sekolah berkenaan.

Katanya, kejadian berlaku ketika guru terbabit meminta beberapa pelajar termasuk anaknya untuk membantu tugas beliau di bilik aktiviti.

“Pada mulanya anak tidak mengesyaki apa-apa apabila guru itu menyentuh tangan dan merapatkan badannya. Namun selepas itu, dia mula menyentuh bahagian belakang menggunakan sikunya dan menyentuh leher dengan tangannya.

“Perbuatan guru itu semakin melampau apabila berdiri rapat dengan badan anak saya menyebabkan dia tidak selesa dan mula rasa takut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Amira berkata, berdasarkan keterangan rakan-rakan anaknya, kegiatan cabul itu sudah berlaku sejak Ogos sehingga Oktober lalu dan para pelajar hanya berani membuat laporan pada awal bulan ini kerana takut diugut guru terbabit.

Dia mendakwa, pelajar-pelajar lain yang pernah menjadi mangsa hanya berdiam diri kerana takut dikenakan tindakan.

“Susulan kejadian ini, anak saya mengalami trauma dan dinasihatkan doktor untuk tidak hadir ke sekolah buat waktu ini.

“Anak saya membuat aduan kepada pihak sekolah dan laporan polis dibuat oleh anak saya sendiri pada Jumaat lepas demi keselamatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3 November lalu yang dibuat pelajar itu sendiri.

Katanya, siasatan kes berkenaan masih dijalankan dan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan.

“Siasatan masih dijalankan dan suspek telah diberi jamin dan merujuk kes ini kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (OCCI) untuk arahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... leher-dan-belakang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.368568 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list