View: 1556|Reply: 0
|
[Johor]
Lori buat onar sampai jambatan berlubang
[Copy link]
|
|
ENG MENG menunjukkan lubang yang terdapat di atas jambatan di Kampung Parit Pasir Lama, Pontian semalam.
PONTIAN – Ketiadaan papan tanda menjadi punca kenderaan berat melalui jambatan di Kampung Parit Pasir Lama sehingga mengakibatkan kerosakan yang mencetuskan kemarahan penduduk setempat.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Pekan Nanas, Tan Eng Meng berkata, beliau akan memohon peruntukan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Johor bagi menampung kos membaiki laluan tersebut.
Katanya, tindakan kenderaan berat itu mengakibatkan jambatan itu berlubang dan mengundang risiko kepada pengguna lain yang merupakan laluan pintas ke Jalan Sawah di sini.
“Laluan itu menghala ke jalan utama pekan Nanas ke Pontian tanpa melalui bandar. Jambatan itu hanya sesuai untuk kereta, van dan motosikal.
“Ada kenderaan berat seperti lori membawa muatan berlebihan menggunakan laluan tersebut kerana tiada papan tanda dan kemungkinan pemandunya beranggapan mereka boleh melaluinya,” katanya di sini semalam.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai sebuah lori besar melalui jambatan tersebut sehingga menimbulkan kemarahan pengguna yang lain kerana menyifatkan pemandunya hanya mementingkan diri sendiri.
Menurut Eng Meng, Jabatan Kerja Raya boleh memasang papan tanda mengenai had berat muatan kenderaan yang dibenarkan dan berharap agar jambatan itu dibaiki segera.
Tambahnya, selain itu, isu lain yang berlaku di jalan tersebut ialah kewujudan kawasan pembuangan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Ada segelintir orang yang degil membuang sampah di situ hingga menimbulkan bau busuk dan hanyir.
“Saya mencadangkan agar kawasan itu ditutup bagi mengelakkan mereka yang degil seperti pengusaha kedai makan, peniaga pasar malam atau individu terus membuang sampah di situ,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... jambatan-berlubang/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|