View: 5326|Reply: 4
|
[SEJARAH]
Al-Kisah Tok Janggut Gerik, Perak.
[Copy link]
|
|
Tahukah kalian ..
Insan mulia ini, atau nama sebenarnya Haji Abdul Razak Bin Kasman, merupakan seorang alim yang berasal dari Kerinci, Kepulauan Besar Sumatera.Tok Janggut merantau ke Tanah Melayu, untuk berdagang di Hulu Perak, pada awal tahun 90an, dan beliau telah menetap di Kampung Tanjung Rambai.Setelah beberapa tahun tinggal disana, Tok Janggut dilantik sebagai ketua kampung kerana keberaniannya dan kealimannya.Tok Janggut terkenal dengan sifat berani yang tiada tolok-bandingnya diantara kesemua perantau dari Tanah Kerinci sewaktu itu, lalu beliau diangkat sebagai ketua kampung.
Tok Janggut ketika itu amat tersohor dengan kehebatannya dalam ilmu persilatan Melayu.Beliau bukan sahaja handal dalam ilmu persilatan, malah menjadi guru bagi ilmu tasawuf.Berbagai ilmu yang ada di dalam dadanya, termasuklah ilmu perubatan tradisional dan petua-petua orang terdahulu.Menurut cerita lisan orang tua di Kampung Tanjung Rambai, Tok Janggut telah dilantik oleh pembesar di Hulu Perak, sebagai Imam Perang di kawasan Temenggor hingga Kenering, semasa komunis mengganas !!
Ketika hayatnya, Tok Janggut pernah beberapa kali bertempur dengan pengganas Cina komunis, dengan hanya bersenjatakan parang panjang bersama para pengikutnya.Sebilangan pengikutnya mengatakan peluru-peluru yang dilepaskan ke arah mereka seperti hujan, daun-daun dan dahan-dahan kayu semuanya seperti dilanda ribut.Disebabkan tembakan yang bertalu-talu dan beratus das tembakan, tetapi mereka mengatakan peluru yang hinggap di tubuh-badan mereka hanya ibarat terkena pasir pada badan.Tok Janggut juga telah memasang pagar hikmat sepanjang Kampung Tanjung Rambai.Dan disebabkan pagar ghaib itu setiap pengganas Cina komunis yang lalu-lalang tidak melihat adanya perkampungan dan rumah-rumah di Kampung Tanjung Rambai.
Kisah Tok Janggut juga terkenal di Hulu Perak, di hari keraian peringkat daerah semasa di Gerik, yang diperintah oleh DO Tuan Bekerley.Satu pertunjukan orang kuat telah membawa seorang penggusti dari British, untuk mengadakan pertunjukan gusti.Setelah selesai, orang putih tadi telah mencabar kepada semua orang Melayu, yang mana berani untuk tampil di tengah padang beradu kekuatan.Kebetulan pada masa itu, Tok Janggut telah dijemput oleh Tuan Bekerley, bagi memeriahkan suasana.Akhirnya, Tok Janggut bangun melompat terus di tengah gelanggang.Tanpa banyak cakap, mereka meneruskan pertarungan dan dikhabarkan Tok Janggut dengan kekuatan yang ada telah mencampak orang putih itu dengan sebelah tangan, orang putih itu terus terpelanting kira-kira 50 meter ke hujung padang dan semua orang yang ada disitu tergamam.Berat-badan si ahli gusti British itu sekitar 80 - 100 kilogram !!
Tok Janggut juga telah menulis beberapa buah kitab, diantaranya seperti Kitab Pati Rahsia Perubatan Melayu, dan Kitab Amalan Pendekar ( Kaf 40 dalam bahasa Ibrani ), yang pernah menjadi kontroversi bagi pengamal yang mempertikaikan isi kandungan Kaf 40.Namun, segala kontroversi mengenai Kitab Kaf 40, itu telah dirungkai oleh Tuan Guru Pak Teh, Yang Dipertua Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu.Isi kandungan Kitab Kaf 40, merupakan bahasa dalam Kitab Ibrani yang bukan calang-calang orang boleh mengarang kitab tersebut.Maka Pak Teh, yang juga salah seorang Ahli Majlis Fatwa Agama Islam Negeri Perak, pada waktu itu telah menyatakan kitab tersebut boleh diguna-pakai sebagai amalan harian.Selain Tok Janggut, terdapat beberapa orang lagi sahabat-sahabat beliau yang handal dan tinggi amalan tauhidnya, seperti Imam Haji Majid, Haji Mat Tahir, Haji Mat Kaya, Haji Mat Ali, Sutan Sharif dan beberapa orang lagi.
Bissirril al-fatihah buat ruh Allahyarham Haji Abdul Razak Bin Kasman @ Tok Janggut Gerik, beserta para sahabatnya .. Aamiin .. .
Sumber : Sejarah Para Alim Dan Ulama Serta Jasa Sumbangannya Di Alam Nusantara.
Kredit : #HabibSutan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru tahu kehebatan tok Janggut |
|
|
|
|
|
|
|
maaf, nak tanya. dlm cite laxmana doremi yg masa Do lawan org2 depan sultan tu mcm kisah tok janggut la kot, ye? dia lawan org2 tu dgn sekali angkat je. |
|
|
|
|
|
|
|
imanda replied at 5-2-2024 03:22 PM
maaf, nak tanya. dlm cite laxmana doremi yg masa Do lawan org2 depan sultan tu mcm kisah tok janggut ...
Taktau la.. dah lama tak tgk.. tak ingat detailsnya |
|
|
|
|
|
|
|
Baru berkira2 nak wakafkan naskah jawi amalan allahyarham tok janggut inilah kepada Ustaz Amin Abdullah dan baru bertemu pula post ini. Tak jd nk wakafkan lah, nak baca dulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|