CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1659|Reply: 0

[Selangor] Ada gelar Missclyen ‘anak haiwan’, ‘anak hantu’

[Copy link]
Post time 7-11-2023 02:24 PM | Show all posts |Read mode

ROLAND menyifatkan anak bongsunya MIssclyen yang menghidap sindrom CGH itu sebagai anugerah daripada Tuhan.

PETALING JAYA – Bapa kepada kanak-kanak istimewa yang menghidap sindrom werewolf, Roland Jimbai, 48, jelas terasa hati dengan sikap segelintir pihak yang mengeji fizikal anaknya, Missclyen.

Menurutnya, disebabkan fizikal Missclyen yang berbeza daripada orang lain, kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu menjadi mangsa kejian sesetengah pihak yang menggelarnya dengan pelbagai panggilan, antaranya ‘anak haiwan’ dan ‘anak hantu’.

“Jatuh jugalah air mata saya apabila anak saya dihina dan diberi pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya. Begitu pun, saya cekalkan hati dan akan jaga Missclyen semampu saya,” luahnya.

Mengimbau detik kelahiran anak bongsunya itu, Roland berkata, memandangkan Missclyen dilahirkan ketika pandemik Covid-19, Roland sebagai bapa tidak langsung boleh bertemu dengan anaknya itu selama lebih sebulan.

Ujar lelaki berasal dari Bintulu, Sarawak itu, Missclyen dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH).

Malah, kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu juga dilahirkan tanpa lubang hidung.

“Mahu tidak mahu, saya perlu menerima keadaan anak saya ini kerana dia sebenarnya cukup istimewa dan satu anugerah buat saya,” tuturnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -haiwan-anak-hantu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.137848 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list