CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1365|Reply: 0

[Melaka] Wanita Thailand disyaki terbabit aktiviti persundalan nekad terjun tingkap

[Copy link]
Post time 8-11-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian wanita warga asing disyaki terbabit aktiviti tidak bermoral diperiksa pegawai JIM Melaka ketika operasi di dua hotel bajet di Taman Melaka Raya, petang semalam. Foto JIM Melaka

Melaka: Wanita warga Thailand nekad melarikan diri melalui tingkap di tingkat tiga sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya, di sini, bagi mengelak dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini kejadian berlaku ketika serbuan 'Ops Gegar' di dua hotel bajet pada 6 petang.

Menurutnya, serbuan dijalankan empat pegawai kanan dan 18 anggota JIM Melaka hasil aduan dan risikan selama dua minggu berhubung kegiatan penawaran khidmat seks dan urut oleh wanita warga asing menggunakan aplikasi WeChat.

"Semasa serbuan dilakukan beberapa wanita bertindak berani dengan cuba lari mengikut tingkap hotel.


"Ada yang mengurungkan diri dengan tidak memberikan kerjasama dan enggan membuka pintu bilik hotel apabila diketuk oleh anggota penguat kuasa.

"Seorang wanita warga Thailand berjaya keluar dari tingkap dan berpaut pada jeriji penghadang kipas pendingin hawa sebelum terjun.

"Namun dia yang tidak mengalami sebarang kecederaan berjaya ditangkap di jalan belakang memandangkan hotel itu sudah dikepung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anirwan Fauzee berkata, keseluruhannya 17 orang termasuk dua pelanggan yang sedang mendapatkan khidmat wanita warga asing terbabit diperiksa dalam serbuan itu.

"Kita menahan 12 wanita berusia 25 hingga 35 tahun terdiri daripada lapan warga Thailand, dua warga Indonesia dan masing-masing seorang warga Vietnam dan Laos.

"Hasil risikan kita dapati mereka ini mengenakan bayaran sekitar RM250 hingga RM350 kepada pelanggan mengikut pakej disediakan.

"Turut dirampas beberapa buku rekod pelanggan, kondom, pil pencegah hamil dan peralatan lain yang digunakan bagi tujuan seks," katanya.

Anirwan Fauzee berkata, lima saman kepada saksi dikeluarkan ke atas pengurus hotel serta pelanggan untuk hadir ke Pejabat Bahagian Penguat kuasa JIM Melaka bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, antara kesalahan dikesan adalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu telah melanggar syarat pas lawatan atau permit kerja dengan bekerja secara tidak sah.

"Kita mengesan ramai warga asing menyalahgunakan kemudahan untuk tinggal

di Malaysia dengan tidak pulang ke negara asal tetapi bekerja secara haram dan terbabit aktiviti tidak bermoral.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap pemilik premis dan majikan yang menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas/permit kerja yang sah serta sengaja memberi perlindungan pada warga asing yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ekad-terjun-tingkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.243075 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list