View: 549|Reply: 0
|
Terengganu buat Stallion Laguna menangis
[Copy link]
|
|
Terengganu buat Stallion Laguna menangis
Aksi pemain Terengganu FC, Sony Norde ketika berdepan Stallion Laguna FC dalam saingan Piala AFC, hari ini. Foto Twitter AFC Cup
KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Stallion Laguna FC 3-2 dalam aksi Kumpulan G saingan Piala AFC di Stadium Bolasepak Binan, Filipina, sebentar tadi.
Gawang skuad Penyu bocor seawal minit ketiga menerusi jaringan Junior Ngong Sam sebelum Griffin McDaniel menambah gol kedua, 11 minit kemudian apabila rembatan jarak jauhnya menewaskan penjaga gol, Suhaimi Husin.
Anak buah Tomislav Steinbruckner bagaimanapun merapatkan kedudukan pada minit ke-33 apabila pertahanan skuad Stallions, Matthew Nierras tertanduk masuk bola ke gawang sendiri.
Jaringan itu menaikkan semangat TFC untuk bangkit dan usaha keras mereka berhasil apabila Ivan Mamut menyumbang gol penyamaan pada mini ke-67 selepas menyudahkan umpanan Norde.
Norde kemudian muncul wira TFC apabila meledak gol kemenangan ketika perlawanan berbaki empat minit, sekali gus membolehkan skuad Penyu mencuri tiga mata penting di gelanggang lawan.
Keputusan itu menyaksikan TFC mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan dan naik ke tangga teratas kumpulan dengan mengumpul lapan mata, dua mata di hadapan kelab Australia, Central Coast Marines yang akan berdepan Bali United, malam ini.
Stallion Laguna yang terikat 2-2 dengan TFC sebelum ini kekal di kedudukan tercorot apabila hanya mengumpul satu mata manakala Bali United di tangga ketiga dengan empat mata.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ion-laguna-menangis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|