View: 2004|Reply: 0
|
Helmi Azman harap cepat sesuaikan diri
[Copy link]
|
|
HELMI sedia menggunakan peluang beraksi sebagai pelumba ‘wildcard’ untuk membuktikan kualiti dimiliki.
PELUMBA muda negara, Helmi Azman enggan mensia-siakan peluang terhidang selepas sah bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Malaysia sebagai pelumba ‘wildcard’ dalam kelas Moto2 hujung minggu ini.
Helmi yang baru pulang dengan kejayaan menaiki podium tempat kedua dan ketiga pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dalam kelas Supersport 600cc minggu lalu di China mahu membawa semangat itu ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Tegas pelumba berusia 24 tahun itu, bersaing di pentas dunia adalah sesuatu yang diidamkannya dan ia tepat datang pada masanya ketika dia akan menyambut hari kelahirannya pada 12 November ini nanti.
“Sememangnya ia adalah impian saya sejak kecil untuk bersaing di pentas dunia. Walaupun turun selaku pelumba ‘wildcard’ tetapi saya tetap bersyukur dengan peluang seperti ini.
“Saya akan membawa momentum terbaik di pentas ARRC ini ke pentas dunia. Biarpun ia adalah kategori berbeza, tetapi saya yakin pengalaman sebelum ini dengan mengemudi jentera 600cc akan bantu saya di Moto2 nanti.
“Apapun, saya perlu cepat membiasakan diri seawal sesi pertama pada hari Jumaat nanti kerana ini adalah pengalaman pertama saya di Moto2.
“Saya tekad berikan segalanya lagi-lagi bersaing di hadapan ribuan penyokong tanah air. Saya akui ia bukan satu tugas mudah tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk berikan terbaik di Sepang nanti. Doakan kejayaan saya di Sepang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menjelang perlumbaan hujung minggu ini nanti, Helmi Azman bakal menunggang jentera dibawah kelolaan Pasukan Petronas MIE Racing Honda bersama seorang lagi pelumba Malaysia iaitu Azroy Hakeem Anuar.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... pat-sesuaikan-diri/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|