CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2400|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Guru berlari bersama murid kudung kaki terima anugerah

[Copy link]
Post time 12-11-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Usaha murni guru, Intan Zulaikha Jusoh, memotivasikan anak muridnya menamatkan larian 100 meter (m) dengan menggunakan tongkat disanjung apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Inspirasi pada Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) hari ini.

Tindakan menyentuh hati guru Sekolah Kebangsaan Felda Lepar Utara 1, Jerantut, Pahang itu berlari bersama muridnya Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, yang kudung sebelah kaki hingga ke garisan penamat tular menerusi laman sosial baru-baru ini.

Intan Zulaikha, 35, yang ditemani Muhammad Aqil hari ini menerima Anugerah Khas Inspirasi yang pertama kali diperkenalkan dalam APBN 2023 daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada majlis penganugerahan berkenaan di sini.

Ditemui pemberita selepas APBN itu, Intan Zulaikha berkata beliau membantu Muhammad Aqil kerana muridnya itu meminati bidang sukan dan berhasrat menjadi atlet.
Berita menarik menerusi E-Mel setiap pagi
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Terma
Penggunaan dan Polisi Privasi
Disyorkan

    Agong zahir ucapan tahniah kepada cikgu Sam
    Tuah Khairul, Aifa
    Pastikan semua ada
    Pemupuk gemilang

"Kalau ikutkan dahulu dia (Muhammad Aqil) banyak tidak ikuti sukan kerana ketidakupayaan fizikal, tetapi apabila saya tanya dia nak bersukan atau tidak, dia jawab nak.

"Sebagai guru dan anak murid berminat (untuk bersukan), saya akan cuba cungkil bakat murid supaya lebih menonjol," katanya.

Beliau berkata Muhammad Aqil kini menjalani latihan sukan selain menyertai Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) atas dorongan pihak sekolah dan keluarganya.

"Saya berterima kasih atas anugerah ini, sememangnya sebelum ini saya tidak tahu tindakan saya berlari dirakam… lepas dua hari baharu tahu ditularkan, ini semua spontan," katanya.

Sementara itu, Muhammad Aqil berkata dia berhasrat menjadi atlet kebangsaan dalam sukan bola sepak pada masa akan datang.

"Saya ingin wakili negara nanti," katanya yang bangga gurunya menerima anugerah khas inspirasi berkenaan.

Muhammad Aqil yang merupakan murid Program Pendidikan Inklusif Penuh di sebuah sekolah rendah di Pahang kehilangan kaki kirinya akibat jangkitan kuman pada 2015.

APBN adalah sebuah platform pengiktirafan tertinggi kepada sumbangan dan pencapaian belia yang dimulakan sejak 1988. APBN tahun ini mempertandingkan empat kategori anugerah utama, dua kategori anugerah khas dan lima kategori ikon belia.

Antara penerima APBN tahun ini ialah Persatuan Belia Felda Kerteh 03 yang dinobatkan johan bagi kategori utama pertubuhan belia manakala Pengasas dan Presiden Majlis Belia Orang Kurang Upaya Mohd Faiz Shuhaimi dinobatkan ikon belia OKU.

Pemain skuasy negara S. Sivasangari yang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 turut dinobatkan sebagai penerima anugerah khas APBN.


HANNAH Yeoh (kiri) menyampaikan Anugerah Khas kepada Cikgu Intan Zulaikha Jusoh dan Muhammal Aqil Naufal (tengah) ketika Majlis Anugerah Perdana Belia Negara 2023 di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... aki-terima-anugerah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.395715 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list