CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3174|Reply: 0

[Selangor] Batu Caves jadi tumpuan

[Copy link]
Post time 12-11-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai membanjiri perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves hari ini untuk bersembahyang bagi menyambut sambutan Hari Deepavali. FOTO SADIQ SANI

Gombak: Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat tumpuan utama susulan cuti sambutan perayaan Deepavali yang disambut hari ini.

Antara lokasi tumpuan adalah Batu Caves di sini, yang dilihat 'dibanjiri' orang ramai yang terdiri dari pelbagai kaum sejak awal pagi hari ini.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pemesinan Industri Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Siti Nordiana Bahar, 24, berkata, ia merupakan kali pertama dia ke Batu Caves kerana ingin melihat budaya masyarakat India.

Selain itu, dia yang berasal dari Sabah ke Batu Caves itu kerana mahu memberi kejutan dengan melawat rakannya yang sudah lama tidak berjumpa.



"Sambutan Deepavali di Semenanjung agak berbeza dengan di Sabah. Deepavali di sini sangat meriah berbanding di Sabah kerana kaum India di sana tidak ramai," katanya.

Siri Nordiana berkata, dia juga akan datang ke Batu Caves tahun hadapan bagi melihat Thaipusam yang disifatkannya sebagai unik.

"Saya akan datang lagi pada Thaipusam tahun hadapan kerana upacaranya agak unik. Saya mahu tengok," katanya.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Sains Malaysia (USM) V Keshaav Rao, 23, berkata, dia dan keluarganya bangun pada 5 pagi bagi menyambut perayaan Deepavali yang disambut hari ini.

"Jam 5 pagi kami sekeluarga sudah bangun dan berpakaian baru. Kami sangat gembira hari ini disebabkan abang saya pun baru berkahwin," katanya.

Katanya, dia berasa teruja bagi menyambut Deepavali kerana semasa perayaan atau cuti peristiwa sahaja mereka dapat berjumpa dengan sanak saudara dan rakan-rakan lain.

"Sewaktu Deepavali inilah waktu untuk bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Selepas ini, kami akan melawat keluarga isteri abang saya yang baru berkahwin.

"Kami juga akan pergi ke empat buah rumah saudara lain kerana mereka ada membuat rumah terbuka hari ini.

"Sebenarnya jarang orang nak buat rumah terbuka pada masa sekarang atas faktor keadaan ekonomi pada masa ini. Jadi, kami tak nak lepaskan peluang," katanya.

Pelajar Diploma Ilustrasi, Dasein Academy Of Art Zhen Jie Chong, 20, pula berkata, dia mengunjungi Batu Caves pada sambutan Deepavali kerana mahu mengambil gambar yang disifatkan menarik dan memaparkan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia.

"Saya suka mengambil gambar sambutan perayaan atau festival yang ada di negara ini.

"Selain itu, saya mengambil gambar pada hari ini juga disebabkan ia merupakan antara satu tugasan kami," katanya sambil menambah ia kali kedua mengunjungi Batu Caves.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -caves-jadi-tumpuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.580812 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list