dah panjang balik rmbut bang pejal nih... i prefer dier rambut pendek sejuta kali ganda dari rambut paras bahu yg kelihatan agak gegirl ittewww..........
semalam pnya news.... Faizal Tahir Terbabit Dalam Kes Pembunuhan?
by Li Ee Kee | 29 Apr 2011 |
Biar betul cerita ni. Faizal Tahir terbabit di dalam satu pembunuhan? Takkan kot. Tapi itulah cerita yang disampaikan kepada GUA. Siap ada gambar sekali.
Tapi GUA percaya Faizal ada alasan kukuh mengapa dia berbuat demikian. Segala usaha GUA untuk menghubungi Faizal sejak awal minggu bagi mendapatkan penjelasan tidak berhasil. Hinggalah sebentar tadi.
Tetapi itupun Faizal meminta GUA membongkar cerita hanya pada pukul 8.30 malam ini.
Jika nak tahu cerita sebenar, jangan lupa layari gua.com.my, jam 8.30 malam ini.
Faizal Tahir Bercerita Tentang "Karma" by Miss Ayu | 29 Apr 2011 |
Jam 8.30 malam tadi, video muzik terbaru Faizal Tahir berjudul "Karma" telah ditayangkan secara eksklusif di gua.com.my. Pasti ramai yang sudah menontonnya kerana ingin melihat penampilan Faizal sebab bukan mudah untuk melihat lelaki ini berlakon.
Walaupun Faizal mempunyai banyak lagu hits tetapi hanya sebuah lagu yang mempunyai video muzik iaitu "Sampai Syurga". Kalau anda masih ingat, dia hampir-hampir lemas ketika penggambaran video muzik itu dilakukan.
Kini, Faizal kembali dengan pengalaman baru. Menurutnya, dia seronok dan puas hati dengan pembikinan video muzik "Karma".
“Saya amat berpuas hati dengan pembikinan video muzik ini. Ia diilhamkan daripada jalan cerita yang saya mahukan. Memang sebelum ini saya pernah kata yang saya tidak akan berlakon kerana tidak minat tetapi akhirnya saya harus akur kerana ia satu keperluan semasa.
"Untuk Karma ini saya menjadi diri sendiri dan saya akui bukan mudah untuk berlakon. Tetapi saya telah cuba lakukan yang terbaik demi peminat. Saya harap peminat akan suka dengan jalan cerita video muzik ini kerana ia adalah ilham saya sendiri.
"Idea untuk video muzik ini sudah terlintas di fikiran ketika saya menulis lirik lagu ini lagi. Jadi, apabila pihak pengurusan hendak buat video muzik terus saya usulkan kepada Audi Mok dan dia setuju. Dengan bantuan rakan kami, Chee Meng, kami sama-sama memikirkan garapan yang sesuai untuk menjadikan muzik ini lebih menarik,” tambah Faizal.
Ditanya apa keistimewaan video muzik video ini berbanding "Sampai Syurga", Faizal memberitahu semua peralatan yang digunakan untuk penggambaran dibuat sendiri oleh pihak produksi dan bukan disewa daripada mana-mana tempat.
“Selain itu, versi "Karma" untuk video muzik ini juga lain daripada yang dimuatkan di dalam album. Korus yang kedua terpaksa digugurkan kerana hendak sesuaikan dengan jalan cerita. Bagaimanapun, penghujung lagu ini kita panjangkan sedikit untuk pastikan jalan ceritanya difahami oleh penonton,” ujar Faizal.
Dalam masa yang sama, Faizal juga diminta mengulas tentang unsur-unsur ganas yang terdapat dalam video muziknya itu. Ini kerana terdapat beberapa adegan yang terpaksa dipotong oleh pihak penapisan kerana dirasakan kurang sesuai untuk tontonan umum.
“Saya tidak nafikan memang ada beberapa adegan yang tidak sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Saya buat bukan kerana sengaja mahu berikan sesuatu yang negatif tetapi mahu tunjukkan yang perbuatan jahat pasti akan mendapat pembalasan atau hukuman yang setimpal. Apabila ada adegan yang terpaksa dipotong, saya tidak kisah kerana ia tidak menjejaskan jalan cerita,” ulas Faizal yang ingin muncul dengan beberapa buah muzik video lagi.
Walaupun Faizal mempunyai banyak lagu hits tetapi hanya sebuah lagu yang mempunyai video muzik iaitu "Sampai Syurga". Kalau anda masih ingat, dia hampir-hampir lemas ketika penggambaran video muzik itu dilakukan.